" Apis, aku nak tanya ko, apa yang paling penting dalam dunia selepas Agama dan Mak Ayah?"
"Air".
Hahaha. habes noob jawapan aku. Mamat yang tanya soalan ni seorang sales officer kat satu cawangan bank di Sitiawan. Umur sebaya ngan aku, masa tu kami 25 tahun. Income dia RM13000 sebulan. RM6000 daripada tu adalah passive income. Ulang lagi skali, RM6000 bai. Lagi banyak dari gaji hakiki aku.Aku pergi jumpa dia nak bertanya tentang pakej housing loan yang available kat bank dia kerja.Masa tu first time aku nekad nak masuk lelong ni. Mana tak nekad, Rumah market value tu RM220,000 , nak dilelongkan RM80, 000 ribu je. Rumah dalam Pulau Pinang kawasan pulau, berdekatan denganUSM pulak.
Tak banyak sembang pasal housing loan pun. haha. Tapi banyak ilmu kewangan aku dapat dari dia. Dan tak lain tak bukan la jawapan untuk soalan dia tadi adalah duit.
Jadi, apa kena mengena dengan rumah lelong? Nak beli rumah pakai duit. Nak melabur atau duduk sendiri ke rumah tu kena beli pakai duit jugak. Penting pengurusan kewnagan ni. In sha Allah boleh share dalam post akan datang.
Aku baru setelkan urusan rumah lelong aku. Dah sewakan, cashflow pun positif lebih RM300. Ni sedikit gambar rumah lelong aku.
Selepas |
Jadi cerita nya, dua cara je nak bayar rumah lelong ni, cash atau guna loan. Pentingnya duit dalam pembelian rumah lelong ni sebab akan ada dateline untuk pembayaran harga belian rumah lelong ni. Kebiasaannya 90 atau 120 hari. Akibat tidak menjelaskan bayaran, boleh dikenakan penalti setiap hari mengikut kiraan hari yang lewat dan the worst case is deposit akan burned. Contoh:
Usha klausa No. 16 |
Memang excited tengok rumah lelong below market, tapi kegagalan mendapat loan atau kegagalan mensetelkan urusan loan dalam masa yang ditetapkan boleh menyebabkan deposit kita burn. Beribu jugak tu. Jadi sebelom meneruskan minat dalam rumah lelong bagi faham benda ni dulu. Tahu perkiraan wang kita macam mana, supaya bila apa-apa jadi nanti kita tak salahkan orang lain.
Sampai sini dulu na, nanti gua sambung lagi.
Link untuk episod-episod lain:
EmoticonEmoticon