Listing Rumah Lelong |
Rumah lelong, awak kat mana??
Listing rumah lelong. Yang ni la yang ramai duk tanya. Gua pasti ramai yang ternanti-nanti gua share benda ni. Kalau episod lepas berat sikit bacaan nya, episod kali ni ringan-ringan je. Gua cuma share kat mana korang boleh view listing rumah lelong ni.First ada beberapa jenis website. Gua list jenis-jenis ni ikut preference gua. Nindia;
Jenis-jenis website:
1. Website bank.
2. Website bebas free.
3. Website bebas berbayar.
4. Website badan pelelong.
5. Website ejen-ejen.
Website bank: listing direct disediakan sendiri oleh bank. Boleh berurusan direct dengan bank.
Website bebas free: Tak payah bayar untuk maklumat tambahan.
Website bebas berbayar: Dorang bagi maklumat kasar. Nak maklumat tambahan kena bayar.
Website pelelong: Bank akan hire pelelong berdaftar ni untuk kendalikan majlis lelongan bagi pihak dorang. Jadi pelelong ni akan buat listing kat website dorang untuk rujukan. Mostly LACA auction.
Website ejen: Ejen-ejen lelong buat website dengan listing. Dapat tarik orang untuk gunakan servis dorang.
Wokay, below gua listkan website-website yang korang boleh refer mengikut jenis-jenis yang dah disebutkan tadi:
Website bank:
1. http://www.auctionmart.my/cpm/ -CIMB
2. https://www.alliancebank.com.my/BidMart - Alliance Bank
Website bebas free:
1. http://auctions.my/ - BM
2. http://auctions.com.my/ - BI
Website bebas berbayar:
1. http://www.lelongtips.com.my/
2. http://www.auctiondata.com.my/
3. http://www.auctionlist.com.my/auction/
4. http://www.auctionmart.my/
Website pelelong:
1. https://www.ngchanmau.com/
2. http://www.ehsanauctioneers.com/home/index.asp
3. http://www.arenaauctioneers.my/home/home
4. http://www.jtraj.com/
Website ejen
1. http://www.pie2020.com/listing-rumah-lelong-hot-murah/ - lejen rumah lelong. brader shafies bustan
2. http://fizdelejen.weebly.com/ - brader hafiz rimau kalau xsilap.
Haa. cukup kot. Ada banyak lagi. Rajin-rajin korang google la. Seterusnya, yang gua personally refer 3 ni je:
1. http://www.auctionmart.my/cpm/ -CIMB
2. https://www.alliancebank.com.my/BidMart - Alliance Bank
3. http://fizdelejen.weebly.com/
Sebab gua usha market area penang dan perak je. Lagipun listing banyak-banyak sangat nanti pening. Kita bukan ada modal jota-jota, cukup fokus kat yang mana berkenan je. Main lelong pun xbleh emosi, jgn tamak. hahaha. Paling gua suka yang direct bank la. Sebab bole berurusan terus dengan pihak bank. Boleh eliminate penggunaan orang tengah. Malang sikit bank lain tak update sangat website dorang kecuali dua ni je. Firasat gua mostly ejen akan refer http://www.lelongtips.com.my/ ni. Listing dia padu. Tapi kena subscribe almost RM1000 untuk setahun.
Selain dari website? Kat mudah pun ada. Berlonggok ejen list kan kat mudah. Kalau nampak rumah suspiciously murah maybe rumah lelong la tu. CIMB pun semakin gigih gunakan platform mudah untuk iklankan rumah lelong dorang. Daftar dengan website CIMB tiap2 bulan dorang send listing kat gua. Korang try buat kot boleh dapat jugak. Lagi.. hmm, dari ejen, sebab ejen berdaftar akan dapat listing directly dari bank-bank. Ada ejen yang gua kenal masa lelongan dulu kadang-kadang whatsapp gua listing yang dia rasa gua minat. Lagi satu, dorang cakap kat mahkamah ada tampal. tak tahu la dongeng ke ape. Sebab kat mahkamah penang gua xpernah jumpa. Mungkin ada orang rembat bawak balik.
Okay, ada sebab kenapa gua share medium lelongan dalam episod 4 sebelom ni. Sapa belum baca boleh klink link episod 4 tu. Bila korang dah tengok listing-listing dari sumber yang gua dah share ni, boleh la cuba bezakan medium mana satu. Haa korang dah ada ilmu sikit boleh la apply. Gua lemau malam ni, minta maap kalau hambar.
Link untuk episod-episod lain:
2 comments
Minta pendapat, Auctionlist dengan lelongtips mana yang lebih baik bosku
both ada pro & cons
lelongtips - well-known & more established, more expensive
auctionlist - less popular but cheaper. recently visit web dorg, dah banyak improvement. worth a try kalau nak save cost on the subscription fee
EmoticonEmoticon