Monday, 3 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 3( Flow Prosedur Rumah Lelong )

Tags


Tiba-tiba Episod 3 dah. Sengaja tak dipublishkan Episod 2, sebab tak kena mengena pun dengan rumah lelong. Episod 2 main point dia tentang pengurusan wang. Sangat-sangat penting sebenarnya bab pengurusan wang ni. Melabur tu kehendak, tapi mengurus kewangan ni adalah keperluan. Gaji kecik ke besar ke, nak melabur ke tak ke, kalau pengurusan wang kemas hat lain jadi mudah. Tips pengurusan wang pun gua dapat dari mat bank tu.

Berminat nak tahu tentang pengurusan wang -->:Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 2

Sebenarnya nak kongsi pasal lagi satu benda sebelom kita pi fokus dekat flow untuk rumah lelong ni. Pasal leverage kewangan. Benda ni penting sekiranya berminat secara long-term dalam pelaburan hartanah. Bila kita manfaatkan leverage yang ada secara optimum, kurang modal yang perlu dikeluarkan, dan pulangan pelaburan dapat di optimum kan.

Jadi Episod 3 ni aku direct share flow untuk rumah lelong, dari pencarian rumah sampai la nanti rumah dah siap nak diduduk. Dah siap nanti ikot suka la nak duk sendiri atau disewakan. Yang penting bawak manfaat, duit simpan kepul-kepul dalam bank kalau tak dimanfaatkan, sayang woo.

Flow dia cenggini. Bahagikan kepada tiga fasa:

1. Fasa sebelum lelongan
2. Fasa semasa lelongan
3. Fasa selepas lelongan


Sebelum lelongan
1. Listing Rumah Lelong. Maklumat Tentang Rumah Lelong.
2. Dapatkan POS ( Proclamation of Sales) dan COS (Contract of Sales).
3. Site Visit.
4. Semakan Tunggakan.
5. Pengiraan ROI.
6. Land Search di Pejabat Tanah.
7. Buat Bank Draft.
Semasa Lelongan
1. Formal step. Perkara wajib dilakukan semasa lelongan.
2. Drama Rumah Lelong.
3. Case Study 1 - Halaman Kenanga
4. Case Study 2 - Sungai Batu
5. Case Study 3 - Permatang Pauh

Selepas Lelongan
1. Loan Application.
2. Lawyer/Legal Transaction.
3. Baik Pulih Rumah.
4. Penyediaan Perjanjian Sewaan.

Buat masa ni, ni yang gua teringat. Nanti mungkin ada penambahan yang akan diupdate dari semasa ke semasa. Episod ni takat ni je. Mula episod-episod akan datang baru kita akan go through setiap item dalam list secara mendalam. Bukan xmahu explain sekarang, tapi gua nak try kupas every item dengan detail supaya kome paham. Gua try my best, kita sama-sama blaja.

Link untuk episod-episod lain:


EmoticonEmoticon