Thursday, 6 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 6( P.O.S & C.O.S )

Tags

P.O.S dan C.O.S Rumah Lelong
Fuhh...

Semakin hampir ke dewan lelong. Kat mana nak cari listing rumah lelong kita dah bincang dalam episod lepas. Usha-usha listing rumah lelong tu, dah berkenan kat beberapa buah rumah kan. Basic rumah lelong pun dah ada-ada sikit. Dah baca sampai episod ni maksudnya minat untuk rumah lelong tu pun dah ada. Apa tunggu lagi ?

Tapi, tungguuu..
KOME TAK BOLEH KE DEWAN LELONG TANPA BENDA NI.

Apa dia tu? POS dan COS. Adik-beradik ni. Nama pun lebih kurang. Jadi next thing yang gua nak kongsi dengan korang adalah berkenaan dengan POS dan COS.

POS
Apa itu POS?  Bahasa omputih Proclamation of Sales. Bahasa Melayu Perisytiharan Jualan.

COS
Apa itu COS? Bahasa omputih nya Condition of Sales. Bahasa Melayu Syarat-Syarat Jualan.

Apa pentingnya POS dan COS ni?
Banyak betul soalan. Gua bikin korang marah ke? haha sabar


Sabar gaya jep.
Pentingnya sebab, dalam POS ni ada maklumat seperti:
1. Tarikh dan tempat lelongan.
2. Nama penerima dan jumlah bank draf yang perlu disediakan
3. Alamat hartanah yang akan dilelongkan, keluasan, dan pegangan(freehold/leasehold).
4. Peguam bank pelelong.
5. Harga rizab (reserve price).
Snapshot contoh Proclamation of Sales
Pentingnya sebab, dalam COS pula ada maklumat seperti:
1. Tempoh masa untuk selesaikan baki harga pembelian rumah lelong.
2. Tanggungjawab keatas tunggakan. Siapa yang kena tanggung tunggakan seperti bil api, air maintenance dan sebagainya.
Snapshot contoh Condition of Sales
Banyak lagi maklumat yang kita boleh dapat dari POS dan COS ni. Yang gua listkan diatas adalah main-main point yang perlu diberikan perhatian.

Mana nak dapatkan POS dan COS ni?
Sesetengah website listing yang gua dah share ada sediakan skali POS dan COS. Contoh seperti:

Direct bank
 http://www.auctionmart.my/cpm/ -CIMB
 https://www.alliancebank.com.my/BidMart - Alliance Bank

kalau takde pun korang boleh hubungi no contact dalam website tu dan minta dari dorang POS dan COS ni. Sebab tu gua suka listing direct dari bank, mudah nak dapatkan POS dan COS.

Auctions.my
http://auctions.my/ - BM
http://auctions.com.my/ - BI

dorang ni pun ada sediakan POS dan COS. Tinggal nak download je. Bagus, baik hati dorang ni. Tapi listing dorang kurang padu.

Website pelelong
1. https://www.ngchanmau.com/
2. http://www.ehsanauctioneers.com/home/index.asp
3. http://www.arenaauctioneers.my/home/home
4. http://www.jtraj.com/

dorang ni pulak kalau takde, gua rasa korang boleh hubungi dorang ni untuk dapatkan POS dan COS. Gua tak pernah try tapi gua yakin boleh.

Website-website berbayar tu pulak kalau korang POS dan COS ni kena subscribe. Kena bayar kat dorang.

Tips gua pulak, untuk dapatkan POS dan COS ni secara random, korang boleh:

1. Masa site visit. Kadang-kadang POS/COS akan ditampal depan pintu rumah nak lelong. Amik contact pelelong dan mintak dorang emailkan. Boleh jugak pinjam kejap g fotostat. Jangan lupa lekat balik depan pintu!

2. Ni paling random. Google nama rumah/alamat yang korang nak join lelong tu dengan keyword seperti lelong, POS, Proclamation of Sales. Random-random pun berkesan jugak kadang-kadang.

Bila dah dapat POS/COS ni korang totally independent of ejen. Kalau minta kat ejen ada yang kedekut tak nak share. Gua bukan kecam nak kecam ejen. Tapi dari pengalaman gua, ada segelintir yang suka ambil kesempatan. Gua cerita nanti dalam episod drama rumah lelong.

Okay paham kan sekarang kenapa gua ingatkan korang tak boleh pergi dewan lelong tanpa POS dan COS ni awal-awal tadi. Kalau pergi jugak memang berani mati der. Macam pergi perang orang lain bawak kete kebal, korang rilek je naik C70. Muka senyum-senyum konfiden pulak. Hahaha.

Last, penutup, gua belanja satu POS dan COS utuk korang. Baca-baca sikit bagi faham. Buat kes study.

Nah Contoh POS dan COS. Selamat malam jumaat keliwon!

Link untuk episod-episod lepas:


EmoticonEmoticon