Tuesday, 11 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 7( Site Visit Rumah Lelong )

Tags

Site Visit. Aktiviti santai tapi penting. Penting pun tak cukup tepat, wajib lebih sesuai. Tiada salah, tiada betul dalam aktiviti site visit ni, gua cuma akan kongsikan berdasarkan pengalaman gua.

Gua balik kampong weekend lepas, sebab isnin cuti kat Penang ni ha. Balik la gua nak melawat anak-anak kucing gua yang baru lahir..

Site Visit Rumah Lelong

Sebelum Site Visit
Kembali kepada Site Visit Kita, mengikut maklumat yang telah kita baca dalam POS (sapa tak ada idea apa itu POS boleh refer episod 6), kita boleh tahu lokasi hartanah lelong yang kita minat tu. Cadangan gua buat satu list, amik beberapa rumah yang korang berkenan. Lagi cantik kalau rumah-rumah ni berdekatan antara satu sama lain. Planning korang punya route sebelum mulakan site visit, boleh jimat masa dan minyak. Macam gua rider xpela, senang pusing,celah2, ronda sana-sini.

Jadi sebelum site visit;
1. Kenalpasti lokasi hartanah yang akan dilelongkan.
2. Buat list jika lebih dari satu. (Amat digalakkan lebih dari satu. Pergi la usha-usha kawasan. Mana tau lubuk menarik kita tak pernah tahu sebelum ni. Rumah yang gua beli gua tak pernah pergi pun sebelum tu, tapi.. ehh2 sebelah UITM pula. lubuk boekk).
3. Plan korang punya route.

Banyak lagi kalau betoi2 nak habaq kat korang. Isi minyak, pakai deodorant, cukur bulu hidung hahaha pandai2 la kan..

Semasa Site Visit
Dah sampai cari la lokasi rumah berkenaan. Masa ni kena peka. Tengok keadaan sekeliling. Kita mulakan pemerhatian kita dengan rumah lelong tersebut. Pintu kadang-kadang berkunci, kadang-kadang tidak. Kalau tidak, apa lagi masuk la. Intai dulu kot2 ada orang lain dalam tu ke. Kalau pintu berkunci, intai la ikot tingkap. Kalau tingkap pun xboleh bukak, perhati keadaan luar je la. Tujuan utama site visit adalah untuk perhatikan keadaan rumah (tahap kerosakan). Gua penah pergi rumah dilelongkan dengan harga RM18000 sahaja. Rumah area depan politeknik pulau pinang. Curious jugak gua, sebab setahu gua area tu market value cikai2 pun 60000 tu. Sekali bila pi tengok, rumah bumbung pun xdak daa. padan la. Haha.

Ada jugak kes rumah masih berpenghuni, samada tuan rumah sendiri atau penyewa. Setakat ni, kalau gua tahu rumah tu berpenghuni, gua memang xberani dekat. Gua duk bayang, penghuni tu buka pintu pastu kejar gua pakai parang. Bila terbayang macam tu gua awal-awal angkat kaki. Kalau korang berani PM gua, ada satu rumah di lokasi hot, harga 50k je. Gua tengok memang berpenghuni haritu.

Kalau ada jiran-jiran lalu-lalang situ, buat-buat ramah la. Bersembang dengan dorang. Banyak info boleh dapat. Contohnya seperti kadar sewa, kes jenayah, parking space, macam-macam lagi la. Apa korang nak tahu nanti korang Tanya. Slalu yang ramah-ramah nak bersembang adalah makcik-makcik. Seronok jugak sembang dengan deme ni. Untuk rumah high rise seperti flat/apartment/kondo, Tanya juga pasal management kawasan tu. Kalau jiran-jiran ada contact management, minta dari dorang. Mudah untuk korang buat semakan tunggakan maintenance fee nanti.

Kalau management office buka masa korang melawat, terus la pergi ke management office untuk buat semakan tunggakan. Biasanya dorang akan bagi kerjasama. Ramah-ramah dengan dorang. Sekiranya korang menang lelongan nanti, korang akan berurusan lagi dengan management untuk transaksi rumah tersebut.

Jadi semasa site visit:
1. Perhatikan keadaan rumah.
2. Perhatikan kawasan sekeliling (kemudahan berdekatan, kebersihan, keterjagaan kawasan, kepadatan penduduk, kejiranan, dan lain-lain..)
3. Ambil maklumat berkenaan management.

Selepas Site Visit
Selepas site visit, setelah mengambil kira beberapa aspek, korang boleh decide untuk teruskan samada untuk teruskan minat korang dengan hartanah berkenaan.

Setelah site visit dilakukan, sepatutya korang dah dapat gambaran mengenai aspek-aspek berikut iaitu:
1. Keadaan Rumah Lelong
2. Berpenghuni atau tidak rumah lelong tersebut
3. Keadaan Sekeliling (scary ke tak kawasan tu, bersih ke tak kawasan tu, jiran-jiran ok ke tak dan lain2..)
4. Kemudahan sekeliling ( jarak denagan prasarana spt Universiti, Shopping Mall, kawasan perindustrian, lebuh raya, dan lain2..)
5. Kada sewa/ harga jualan mengikut pengalaman jiran
6. Maklumat berkenaan management

Dah selesai, cross-out, rumah yang tidak menepati piawaian korang, dapatlah shorlist rumah yang korang perlu berikan tumpuan.

Buka Mata, Buka Minda
Melalui site visit ni, banyak kawasan di sekitar Penang yang gua dah lawat. Ini salah satu kebaikan yang korang dapat dari site visit ni. Dalam satu kes site visit gua, gua pergi melawat 4 blok apartment terletak di Perai. Apartment-apartment ni dekat dengan exit Plus Perai, dan shopping mall seperti pacific dan megamall. Gua duk perati je dalam listing, unit-unit kat apartment ni dilelongkan serendah 15 ribu. Habis mahal pun 30 ribu camtu je. Menarik kan?

Gua punya excited, gua list suma unit dekat situ yang nak kena lelong. Dari 4 blok ni ada dekat 10 unit. Suma murah-murah der. Dengan LC gua, merentasi jambatan pulau pinang, gua pun sampai. Excited gua, seperti yang dilihat dalam map, dari highway gua dah nampak 2 blok. Dari jalan utama kena lalu shopping mall dulu baru jumpa blok-blok ni. Wau, jalan kaki pun boleh pi shopping mall.

Tapi....
2 blok yang pertama berdekatan dengan satu sama lain. Dua lagi blok jauh sikit. Dua blok pertama ni bila gua sampai, bawah penuh dengan sampah. Lif hidup 1 je. Dah la ada dekat 20 tingkat. Bila naik di atas, di kaki-kaki lima,bau hancing. Hahaha. Rumah yang dilelongkan pun dah xmacam rumah.
Tak ada pintu, tingkap.. dalam penuh sampah. Terkejut beruk gua.

Gua pun angkat kaki bergerak ke lagi 2 blok. Baru nak park moto je, gua telah diperhatikan hahaha. Seram gila. Macam besa lif ada satu je. 2 blok ni lagi super duper teruk dari segi kebersihan. Naik diatas, kaki lima gelap dan berconteng-conteng. Contengan tu pun gua Nampak macam lambang geng samseng.Haha ahh sudahh.. gua cuak, gua terus pergi lif. Lama pulak dah lif ni. Gua Nampak aunty india ni approach lif.

Gua sembang sikit dengan dia. Dia cakap memang kecurian slalu berlaku. Tak boleh tinggal rumah kosong walaupun shari. Dalam rumah setiap masa mesti ada atleast seorang, kalau tak rumah akan dipecah masuk. Banyak gangster duk situ. Kadang-kadang pergaduhan akan tercetus. Selain itu kes dadah pun ada. Aunty ni sndri penah bawak cucu dia datang duk ngan dia. Cucu dia terjebak dengan dadah. Hantar pulang ke tempat lain, tapi cucu dia Berjaya mai balik ke blok tu tanpa pengatahuan dia pun.

Gua  terus teringatkan LC gua, dengan mamat2 yang peratikan gua td. Gua terus hit ground floor, start moto dan cabut. Bersyukur gila gua survive tempat tu dalam keadaan masih hidup lagi. Hahaha. Jadi 2 point yang gua boleh kongsikan, untuk kita buka mata dan minda kita, iaitu;

1. Be grateful. Sapa sangka kat Penang ada tempat macam ni. Kat tengah pekan plak tu. Gila betoi. Fikir la, tuhan boleh je letak kita kat tempat macam tu, tapi dia sediakan tempat tinggal yang selesa untuk kita. Kita yg tak pernah rasa hidup tempat macam tu, xpernah sedar dan bersyukur dengan rezeki yang kita dapat ni. Bukan semua orang pilih untuk duduk tempat macam tu, mungkin sebab kesusahan hidup, contoh macam aunty tadi. Kalau tak site visit tempat ni, gua tak akan tau pun ada benda macam ni berlaku.

2. Site visit bapak penting! jangan terpedaya dengan harga mura-mura baek punya.

Link untuk episod-episod lepas:


EmoticonEmoticon