Monday, 9 October 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 18@Part2( Repair dan Baik Pulih Rumah Lelong )

Tags
Bekalan Elektrik dan Air Rumah Lelong
Sambungan dari Episod 18@Part1. Woraitt. Dalam episod ni kita meneruskan perkongsian kita dalam topik repair dan membaikpulih rumah lelong. Menerusi episod sebelum ni, gua dah ada berkongsi tips yang kerja-kerja pembaikan atau baikpulih seeloknya disusun mengikut urutan Shower + Toilet, Dapur, Ruang Tamu dan akhir sekali barulah ke Bilik-Bilik. Susunan ini bukan la satu kemestian, ini cuma satu tips yang dapat gua kongsikan bersama. Nak praktik atau tidak bergantung kepada keadaan dan kesesuaian masing-masing.

Sebelum memulakan kerja-kerja baikpulih juga, terdapat satu perkara yang perlu kita kenalpasti dan selesaikan terlebih dahulu. Perkara ini ialah yang berkaitan dengan utiliti, iaitu sambungan bekalan elektrik dan air. Check samada meter elektrik atau air masih ada dan berfungsi. Ada beberapa kebarangkalian;

1. Meter masih ada dan berfungsi. Rumah baru ditinggalkan.
2. Meter ada tetapi tidak berfungsi. Kalau meter air mungkin sudah dikunci. Rumah sudah ditinggalkan dalam tempoh lebih kurang 6 bulan.
3. Tiada meter langsung dan sambungan elektrik dan air sudah dipotong. Rumah sudah lama ditinggalkan.

Dalam kes rumah lelong gua, dah jatuh dalam kategori ketiga. Almaklum lah, rumah dah hampir 10 tahun tak berpenghuni. Jadi untuk gua memulakan perancangan membaik pulih rumah lelong ni, kena setelkan urusan utiliti ni dulu. Kalau tanpa utiliti, seperti lampu, bekalan eletrik/air, susah untuk kerja-kerja baik-pulih dijalankan. Solusi untuk ketiga-tiga kes adalah seperti berikut.

1. Boleh pergi ke pejabat TNB atau perbadanan bekalan air (kalau di Penang, PBA) dan membuat urusan penukaran nama untuk akaun utiliti.
2. Sama seperti 1.
3. Boleh pergi ke pejabat TNB atau perbadan bekalan air untuk urusan memasukkan meter dan akaun baru.

Kes 1 dan 2 gua tak berapa mahir. Sebab gua tak buat sendiri. Cuma jangkaan gua lebih mudah sebab cuma perlu menukar nama di akaun lama dengan nama baru. Macam biasa untuk sebarang urusan bawa memorandum of sales, POS & COS bersama supaya mudah staff-staff mereka gunakan untuk rujukan sekiranya perlu. Masa urusan gua dengan PBA Penang, staff dorang siap minta Letter Offer dari bank sebab mereka nak pastikan gua dapat pembiayaan untuk setelkan baki harga pembelian rumah lelong gua. Yelah kalau gua tukar nama, tapi loan tak lulus, nanti macam sia-sia sebab tu dorang minta Letter Offer tu.

Untuk urusan dengan TNB, TNB sekarang dah beri kerja-kerja pemasangan meter kepada kontraktor. Jadi sekiranya kita nak ingin memasang meter elektrik, kita perlu mencari kontraktor terdekat yang mendapat kebenaran TNB untuk kerja-kerja pemasangan meter elektrik ni. Boleh google in sha Allah boleh dapat list-list atau recommendation kontraktor dikawasan sekitar kita. Jika ingin lebih pasti, boleh berkunjung ke cawangan TNB terdekat dengan rumah lelong kita, dan mintak list kontraktor dari dorang.

Caj untuk kontraktor TNB yang dikenakan kat gua kalau tak silap gua, RM170. Deposit untuk TNB pula ialah RM250. RM250 ni sekiranya nanti bila kita tak bayar dan buat xtahu saja dengan bil elektrik atas nama akaun kita, TNB akan potong tunggakan bil dari deposit ni. Hati-hati ngan kontraktor TNB ni. Rate harga dorang berbeza-berbeza.

Riki 2-3 kontraktor dan amik la harga yang termurah. Harga sepatutnya berbeza untuk meter 1-phase dan 3-phase je. Untuk 1-phase lebih kurang harga yang gua kena. Dan untuk 3-phase lebih mahal lagi. Harga ni sepatutnya standard. Kalau jauh lari, maksudnya memang kontraktor markup banyak. Gua survey kat Internet ada yang kena sampai RM400 -RM600. Fuhh. Urusan pemasangan meter ni makan masa lebih kurang seminggu. Untuk dokumen pulak, kotraktor gua cuma minta copy IC je dan alamat je dari gua.

Pemasangan meter bekalan air pulak dilakukan oleh staff mereka sendiri. Ada team yang handle bahagian pemasangan meter ni. Urusan semua gua lakukan di pejabat PBA. Cakap nak pasang meter baru dan bawa dokumen-dokumen macam yang gua cakap tadi. Pastu dorang bagitahu tunggu dalam seminggu boleh siap. Tapi ikut pengalaman gua agak hampeh jugak. 2 minggu tak siap lagi. Bila gua pergi ofis untuk tanya tentang urusan pemasangan meter rumah gua, dorang boleh cakap xpayah datang ofis, call je nanti siap. haha gua datang ofis pun tak siap lagi. terpaksa gua call ofis bahagian Perai dan Seberang Jaya, dan team yang handle pemasangan meter tu sendiri baru kerja nak jalan. Makan dekat sbulan jugak, itupun kena ada usaha untuk push. Caj yang dikenakan ialah Duti Setem RM10, dan RM50 (bergantung kepada jenis rumah sebagai deposit. Harga ni gua xbeberapa nak ingat, gua kena caj hampir RM100 dikira denga tunggakan yang gua perlu setelkan.

Untuk bil TNB, gua boleh konfirm yang segala tunggakan bil elektrik sebelum ni kita tak perlu bayar. Urusan pendaftaran juga akan dijalankan oleh kontraktor. Kita cuma perlu update status dari kontraktor je samada pemasangan sudah siap atau tidak. Bil air pulak mungkin bergantung kepada badan perbekalan air di negeri masing-masing. Di PBA Penang ni, kita perlu bayar tunggakkan selepas ditolak deposit owner yang sebelum ni. Gua ingatkan tak perlu bayar sebab dari sumber bacaan gua tak perlu bayar pun. Seb baik la tak banyak. haha.

Harini cerita tentang utiliti sahaja dah panjang nampaknya. Terpaksa la isu-isu lain gua share dalam epsiod dan part lain pula, haha. Ni nak share sikit tentang pemantauan rumah sewa. Jadi rutin gua, paling kurang sebulan sekali gua akan berkunjung ke rumah sewa gua. Selalunya tujuan utama adalah untuk menyelesaikan isu-isu penyewa. Penyewa baru masuk la, lampu tak hidup la, tombol pintu rosak la, biasala penyewa perempuan kita kena jaga sikit.

Jadi hujung minggu lepas gua pun pergi menjalankan rutin bulanan gua. Macam biasa jugak gua akan jumpa dengan jiran-jiran gua yang mana ramah sembang-sembang. Ada sorang pakcik yang gua panggil sebagai Pakcik Jamal. Pakcik ni bagus, dia pandai bab-bab bertukang dan repair merepair ni. Dan memang apa-apa yang rosak kat rumah gua, selalunya Pakcik Jamal la yang menjadi sandaran gua.

Gua dengan Pakcik Jamal boleh tahan kamcing. Selalu gua pesan kat Pakcik Jamal, kalau ada rumah kosong nak jual kat area tu cepat-cepat bagitahu gua. Weekend lepas bila gua sampai, Pakcik Jamal dengan excited nya bagitahu gua ada rumah nak jual, tingkat 3, RM50K je. Gua pun sama-sama excited dengan Pakcik Jamal. Kami pun bergegas ke rumah berkenaan. Sampai kat depan rumah tu, memang diluar jangkaan. Yang pertama Pakcik Jamal tersilap, rumah tu bukannya di tingkat 3, tapi tingkat 4, tingkat paling atas. Kalau walk-up flat, tingkat atas memang tak laku, nak sewa susah nak jual semula pun susah.

Dalam Rumah Ada Ayam
Tapi yang paling mengejutkan ialah keadaan rumah tu. Rumah ni diduduki oleh orang yang bekerja dengan MPSP. Jadi macam-macam barang yang dia jumpa, dia kutip dan longgok kat rumah tu. Tengok sendiri la depan rumah tu macam mana. haha. tu tak cukup mengejutkan lagi. yang paling best boleh nampak orang ni ada bela beberapa ekor burung kat depan rumah dia kan. Tu kat luar, kat dalam rumah siap ada ayam oi. Dia ada bela ayam dalam rumah. Punaya betoi . ahaha. Pakcik Jamal memang ada cerita dengan gua sebelum ni. Ni betul-betul depan mata gua. Siap boleh dengar ayam berkokok lagi. hahaha

Gua nak pi dekat pun tak berani. Sebab pintu grill tu terbuka. Maksudnya dia ada kat rumah. Hari tu pun hari Ahad, jadi dia mungkin tak bekerja. Punaya betui rumah flat tingkat 4 boleh bela ayam pulak. hahahaha. waduhh. Ni rumah dia sewa ja. Tuan rumah tak pernah mai tengok. Nak jual macam ni tuan rumah oi, sapa mau beli. Kalau tuan rumah tau ni, mau ayam dia ni kena buat kenduri. ahaha.
Rajin-rajin le check rumah sewa hangpa na.

Sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lain:

Tuesday, 3 October 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 18@Part1( Repair dan Baik Pulih Rumah Lelong )

Tags
Baik Pulih Rumah Lelong
Cuti yang lama. Gua cuti lama dari update blog ni. Bersempena dengan kemenangan Malaysia dalam Sukan Sea. Sebulan jugak la cuti. haha. Kalau bola menang haritu, gua cuti lagi sebulan. Post kali ni kita santai-santai. Dalam proses recover balik. Kali ni gua nak share pasal proses repair ataupun baik pulih rumah lelong. Berdasarkan pengalaman gua sendiri. Ramai lagi orang lain yang ada kepakaran bab2 tukang rumah ni. Gua cuma cerita dari skop pengalaman gua yang ciput ni.

Pembaca baru. Gua perasan ada orang share post2 gua dalam group telegram. Baguslah. Sebarkan. Kalau ada yang tak betul boleh bagitahu. Yang mana pembaca baru yang rasa xselesa dengan perkataan "gua" tu, gua minta maaf la. Saja pakai, gua takmau skema. Lagipun tujuan asal gua menulis ni cuma untuk sharing dengan kawan-kawan yang bertanya. Yang lain nak baca, kalau ada manfaat, baca lah.

Intro. Okay, repair rumah lelong ni sama macam repair rumah biasa jugak. xda apa yang special nya. Seeloknya, masa mula-mula buat site visit dulu kita dah buat anggaran apa yang yang perlu kita repair dari pemerhatian kita. Kadang-kadang rumah lelong ni tak berkunci, boleh masuk tengok keadaan kat dalam. Kalau berkunci, cuba la intai dari tingkap. Kalau tingkap pun xleh bukak, buat anggaran kerosakan daripada jangkamasa rumah sudah ditinggalkan. Lagi lama ditinggalkan biasanya lagi teruk la kerosakan.

Jangkamasa rumah ditinggalkan. Tak tahu bila rumah tu ditinggalkan? kadang-kadang tengok pun boleh agak dah. Kalau nak lagi tepat boleh sembang dengan jiran-jiran kat situ. Untung dapat bonus cerita kat rumah tu ada orang bunuh diri ke, tak perlu la membida. Larikk. Rumah gua dulu gua boleh intai ikot tingkap. Gua nampak dari luar keadaan rumah ok, cuma dah ditinggal lama. Rumah  basic je, tak ada apa renovation pun.

Memorandum of sales. Bila korang dah menang lelongan, boleh la cuba pecah masuk kedalam rumah untuk periksa keadaan rumah tersebut. Sebelum menang, kalau rumah berkunci, jangan pi pecah plak. Kang kena tangkap dengan orang-orang kat situ gua tak tanggung. Untuk rumah bertingkat, macam flat/apartment/kondo dan sewaktu dengannya, pergi jumpa dengan badan pengurusan dulu bgtahu yang korang dah menang lelong dan nak masuk rumah tu. Bawak memorandum of sales yang jadi bukti korang dah menang rumah tu. Memorandum of sales tu penting. Selagi korang belum dapat geran rasmi, memorandum of sales tu la yang jadi geran sementara. Simpan eleok-elok dan boleh bawa untuk apa-apa urusan rasmi berkaitan dengan rumah lelong tu.

Pecah masuk rumah lelong. Ok, fungsi bagitahu badan pengurusan ialah bila korang pecah masuk rumah tu nanti, kalau ada jiran-jiran buat aduan kepada badan pengurusan, badan pengurusan aware dengan tindakan korang masuk kerumah tu. Selamat la kita dari fitnah dunia. Kalau rumah landed boleh bagitahu jiran. Kot- kot ada rukun tetangga ke, JKK Kg. Kalut ke, eloklah bagitahu kat mereka jugak. Benda ni tak wajib buat tapi bagus buat, selain daritu dapat la berkenalan dengan jiran setempat.

Padlock noob. Tambahan lagi, menang rumah lelong korang tak dibekalkan kunci. Jadi tanggungjawab kita sendiri untuk pecahkan kunci yang ada. Kalau ada kunci yang tough-tough, siap sedia la dengan cutter. Sesetengah rumah lelong ni, sampai 3 4 kunci. Rumah gua haritu Alhamdulillah, satu kunci je. Kunci noob plak tu. Haha. Untuk pengetahuan korang, kunci solex yang bawah dia ada ring bulat tu amat la noob.

Contoh Lock Kunci yang Noob
Kunci solex macam ni boleh dibuka dengan mudah dengan mencungkil ring bulat tu keluar. Kalau tak percaya boleh tengok di youtube. Gua dah dua kali cuba, dua-dua kali jadi. Pengajaran nya, jangan la beli kunci solex dengan design cenggini ye.

First time masuk rumah. Setelah berjaya masuk mebuka kunci noob ni, gua pun lepas la kat dalam rumah. Masa tu biasa la, mula la berfikir, betul ke aku beli rumah. Nampak teruk, banyak keje yang nak kene buat. Disebabkan masa gua cuba memecah masuk tu ada jiran yang perasan, maka ada jugak yang bersama gua skali masuk kedalam rumah tu. Kira tetamu-tetamu pertama rumah gua la tu.

Nampak okay sikit dalam gambar ni sebab dah sapu lantai, dinding dan syiling
Kontraktur. Dalam kalangan tetamu-tetamu ni ada kontraktor. Orang indon. Dorang ni tengah plan nak buat keja kat rumah jiran gua di floor yang sama. Nak renovate bilik air. Dorang pun menyibuk masuk rumah gua skali. Sorang kuli sorang tokey. Mula-mula lagi gua belum cakap apa, dia dah cakap "bang, ni rumah abang kalau mau buat elok-elok RM10000 jugak bang". Aku buat xtahu je. Sebenarnya tengah terkedu, banyak tu duit nak kluar.

Penyesalan. Sambil check2 tingkap, tingkap nako plak dah jam. Berkarat pulak tu. Gua pun tanya sama itu kontraktor " Ini tingkap kalau tukar berapa?" RM250 dia bagi. Tudia. Tingkap nako 3 column tu dah RM250. Dalam rumah tu ada la 4 5 set tingkap nako. Punaya aku macam ni. haha. Gua saja tanya pulak pasal upah cat, upah cat satu rumah dia amik RM2000. Terkedu teruk gua. haha. sudah la malas lagi gua nak tanya. Rasa menyesal je tanya.

Input baik. Tapi gua ada tanya satu benda yang berguna, yang gua simpan jadi buat peringatan. Kalau nak repair rumah, mula dengan repair bahagian bilik air dan tandas. Kemudian dapur, ruang tamu dan akhirnya baru ke bilik-bilik.

Bilik air dan tandas. Sebab dia, paling kritikal ialah tandas dan bilik air. Kat sini ada majoriti pengunaan air kat rumah kita, ada saluran air dan saluran kumbahan, ada wiring elektrik untuk lampu at least, ada pintu dan ada lubang(kadang-kadang dalam bentuk tingkap) untuk pengudaraan. Banyak elemen yang perlu kita ambil kira berbanding dengan tempat lain. Kalau ada kerosakan pada piping air misalnya, memang bawa mudarat yang besar. Jadi benda ni mustahak untuk kita tangani terlebih dahulu.

Berak di sinki. Dapur kurang sikit. Masih ada elemen pengunaan air iaitu disinki. Saluran kumbahan tak ada, tu yang kurang sikit tu. Lain la kalau ada yang nak buang air kat sinki, haha kalah budak2 yang buat hal berak dalam bilik mandi di Jepun tu. Ruang tamu banyak keperluan elektrik je. Bilik pulak yang paling kurang keperluan. Kalau fikir betui-betui, bilik kita cuma umpama kotak yang ada pintu dan tingkap, ditambah dengan lampu dan kipas.

Nantikan sambungannya. Sebaiknya kita setelkan dulu benda yang berkaitan dengan air atau piping di bilik air, tandas dan dapur. Barulah mulakan kerja-kerja elektrik pula. Sampai sini ja dulu kot sharing kali ni. Banyak-banyak nanti takot lemau nanti. Nanti smabung cerita pasal repair dan baikpulih ni dalam episod yang akan datang.

Scammer. Dalam sebulan gua bercuti ni banyak benda yang berlaku. Yang paling hot skang pasal cerita scammer perumahan tu la. Tak best betul tengok dorang menipu orang-orang tua ni. Pukake betui.
Gua taknak cerita lebih, kalau korang nak folo pasal isu ni, boleh folo brader Yusuf Azmi kt facebook. Caya la brader. Termasuk jugak Dato Hisham, Khairul Ezuwan, Abang Ali, PPIM umumnya dan yang mana-mana  pihak yang terlibat.

Dalam masa yang sama gua sebenarnya, sebulan gua cuti sebab gua tengah mendalami ilmu saham sebenarnya. Dan minggu lepas gua dah mula trade kat Bursa, Setakat ni Bursa menang ke atas gua dengan jaringan 4-0. 4 kali gua trade, 4 kali jugak gua loss. Takpela masih dalam proses belajar lagi. Lagipun mggu lepas market tak bagus, sebab foreign trader tengah buat profit taking dan buat jualan besar-besaran. Harini baru market Bursa Malaysia kembali naik.


Gua cerita ni bukan sebab apa. Mohon doa dari pembaca-pembaca bagi gua berjaya dalam pelaburan saham ni. haha so far, jujurnya ini antara ilmu yang paling mancabar yang pernah gua cuba dalami. Tu yang gua stop menulis sebab perlukan masa dan fokus. In sha Allah, kalau dah konsisten boleh buat profit nanti, gua boleh buat sharing untuk pelaburan saham pula. Target dalam 6 bulan lagi in sha Allah. Dah ada dah tulis sikit pasal saham kat sini: Celik Saham. Ni basic2 je. Gua tak layak lagi nak share selagi belum berjaya buat profit. Doakan gua!

Link untuk episod-episod lain: