Baik Pulih Rumah Lelong |
Pembaca baru. Gua perasan ada orang share post2 gua dalam group telegram. Baguslah. Sebarkan. Kalau ada yang tak betul boleh bagitahu. Yang mana pembaca baru yang rasa xselesa dengan perkataan "gua" tu, gua minta maaf la. Saja pakai, gua takmau skema. Lagipun tujuan asal gua menulis ni cuma untuk sharing dengan kawan-kawan yang bertanya. Yang lain nak baca, kalau ada manfaat, baca lah.
Intro. Okay, repair rumah lelong ni sama macam repair rumah biasa jugak. xda apa yang special nya. Seeloknya, masa mula-mula buat site visit dulu kita dah buat anggaran apa yang yang perlu kita repair dari pemerhatian kita. Kadang-kadang rumah lelong ni tak berkunci, boleh masuk tengok keadaan kat dalam. Kalau berkunci, cuba la intai dari tingkap. Kalau tingkap pun xleh bukak, buat anggaran kerosakan daripada jangkamasa rumah sudah ditinggalkan. Lagi lama ditinggalkan biasanya lagi teruk la kerosakan.
Jangkamasa rumah ditinggalkan. Tak tahu bila rumah tu ditinggalkan? kadang-kadang tengok pun boleh agak dah. Kalau nak lagi tepat boleh sembang dengan jiran-jiran kat situ. Untung dapat bonus cerita kat rumah tu ada orang bunuh diri ke, tak perlu la membida. Larikk. Rumah gua dulu gua boleh intai ikot tingkap. Gua nampak dari luar keadaan rumah ok, cuma dah ditinggal lama. Rumah basic je, tak ada apa renovation pun.
Memorandum of sales. Bila korang dah menang lelongan, boleh la cuba pecah masuk kedalam rumah untuk periksa keadaan rumah tersebut. Sebelum menang, kalau rumah berkunci, jangan pi pecah plak. Kang kena tangkap dengan orang-orang kat situ gua tak tanggung. Untuk rumah bertingkat, macam flat/apartment/kondo dan sewaktu dengannya, pergi jumpa dengan badan pengurusan dulu bgtahu yang korang dah menang lelong dan nak masuk rumah tu. Bawak memorandum of sales yang jadi bukti korang dah menang rumah tu. Memorandum of sales tu penting. Selagi korang belum dapat geran rasmi, memorandum of sales tu la yang jadi geran sementara. Simpan eleok-elok dan boleh bawa untuk apa-apa urusan rasmi berkaitan dengan rumah lelong tu.
Pecah masuk rumah lelong. Ok, fungsi bagitahu badan pengurusan ialah bila korang pecah masuk rumah tu nanti, kalau ada jiran-jiran buat aduan kepada badan pengurusan, badan pengurusan aware dengan tindakan korang masuk kerumah tu. Selamat la kita dari fitnah dunia. Kalau rumah landed boleh bagitahu jiran. Kot- kot ada rukun tetangga ke, JKK Kg. Kalut ke, eloklah bagitahu kat mereka jugak. Benda ni tak wajib buat tapi bagus buat, selain daritu dapat la berkenalan dengan jiran setempat.
Padlock noob. Tambahan lagi, menang rumah lelong korang tak dibekalkan kunci. Jadi tanggungjawab kita sendiri untuk pecahkan kunci yang ada. Kalau ada kunci yang tough-tough, siap sedia la dengan cutter. Sesetengah rumah lelong ni, sampai 3 4 kunci. Rumah gua haritu Alhamdulillah, satu kunci je. Kunci noob plak tu. Haha. Untuk pengetahuan korang, kunci solex yang bawah dia ada ring bulat tu amat la noob.
Contoh Lock Kunci yang Noob |
First time masuk rumah. Setelah berjaya masuk mebuka kunci noob ni, gua pun lepas la kat dalam rumah. Masa tu biasa la, mula la berfikir, betul ke aku beli rumah. Nampak teruk, banyak keje yang nak kene buat. Disebabkan masa gua cuba memecah masuk tu ada jiran yang perasan, maka ada jugak yang bersama gua skali masuk kedalam rumah tu. Kira tetamu-tetamu pertama rumah gua la tu.
Nampak okay sikit dalam gambar ni sebab dah sapu lantai, dinding dan syiling |
Penyesalan. Sambil check2 tingkap, tingkap nako plak dah jam. Berkarat pulak tu. Gua pun tanya sama itu kontraktor " Ini tingkap kalau tukar berapa?" RM250 dia bagi. Tudia. Tingkap nako 3 column tu dah RM250. Dalam rumah tu ada la 4 5 set tingkap nako. Punaya aku macam ni. haha. Gua saja tanya pulak pasal upah cat, upah cat satu rumah dia amik RM2000. Terkedu teruk gua. haha. sudah la malas lagi gua nak tanya. Rasa menyesal je tanya.
Input baik. Tapi gua ada tanya satu benda yang berguna, yang gua simpan jadi buat peringatan. Kalau nak repair rumah, mula dengan repair bahagian bilik air dan tandas. Kemudian dapur, ruang tamu dan akhirnya baru ke bilik-bilik.
Bilik air dan tandas. Sebab dia, paling kritikal ialah tandas dan bilik air. Kat sini ada majoriti pengunaan air kat rumah kita, ada saluran air dan saluran kumbahan, ada wiring elektrik untuk lampu at least, ada pintu dan ada lubang(kadang-kadang dalam bentuk tingkap) untuk pengudaraan. Banyak elemen yang perlu kita ambil kira berbanding dengan tempat lain. Kalau ada kerosakan pada piping air misalnya, memang bawa mudarat yang besar. Jadi benda ni mustahak untuk kita tangani terlebih dahulu.
Berak di sinki. Dapur kurang sikit. Masih ada elemen pengunaan air iaitu disinki. Saluran kumbahan tak ada, tu yang kurang sikit tu. Lain la kalau ada yang nak buang air kat sinki, haha kalah budak2 yang buat hal berak dalam bilik mandi di Jepun tu. Ruang tamu banyak keperluan elektrik je. Bilik pulak yang paling kurang keperluan. Kalau fikir betui-betui, bilik kita cuma umpama kotak yang ada pintu dan tingkap, ditambah dengan lampu dan kipas.
Nantikan sambungannya. Sebaiknya kita setelkan dulu benda yang berkaitan dengan air atau piping di bilik air, tandas dan dapur. Barulah mulakan kerja-kerja elektrik pula. Sampai sini ja dulu kot sharing kali ni. Banyak-banyak nanti takot lemau nanti. Nanti smabung cerita pasal repair dan baikpulih ni dalam episod yang akan datang.
Scammer. Dalam sebulan gua bercuti ni banyak benda yang berlaku. Yang paling hot skang pasal cerita scammer perumahan tu la. Tak best betul tengok dorang menipu orang-orang tua ni. Pukake betui.
Gua taknak cerita lebih, kalau korang nak folo pasal isu ni, boleh folo brader Yusuf Azmi kt facebook. Caya la brader. Termasuk jugak Dato Hisham, Khairul Ezuwan, Abang Ali, PPIM umumnya dan yang mana-mana pihak yang terlibat.
Dalam masa yang sama gua sebenarnya, sebulan gua cuti sebab gua tengah mendalami ilmu saham sebenarnya. Dan minggu lepas gua dah mula trade kat Bursa, Setakat ni Bursa menang ke atas gua dengan jaringan 4-0. 4 kali gua trade, 4 kali jugak gua loss. Takpela masih dalam proses belajar lagi. Lagipun mggu lepas market tak bagus, sebab foreign trader tengah buat profit taking dan buat jualan besar-besaran. Harini baru market Bursa Malaysia kembali naik.
Gua cerita ni bukan sebab apa. Mohon doa dari pembaca-pembaca bagi gua berjaya dalam pelaburan saham ni. haha so far, jujurnya ini antara ilmu yang paling mancabar yang pernah gua cuba dalami. Tu yang gua stop menulis sebab perlukan masa dan fokus. In sha Allah, kalau dah konsisten boleh buat profit nanti, gua boleh buat sharing untuk pelaburan saham pula. Target dalam 6 bulan lagi in sha Allah. Dah ada dah tulis sikit pasal saham kat sini: Celik Saham. Ni basic2 je. Gua tak layak lagi nak share selagi belum berjaya buat profit. Doakan gua!
Link untuk episod-episod lain:
EmoticonEmoticon