Monday, 9 October 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 18@Part2( Repair dan Baik Pulih Rumah Lelong )

Tags

Bekalan Elektrik dan Air Rumah Lelong
Sambungan dari Episod 18@Part1. Woraitt. Dalam episod ni kita meneruskan perkongsian kita dalam topik repair dan membaikpulih rumah lelong. Menerusi episod sebelum ni, gua dah ada berkongsi tips yang kerja-kerja pembaikan atau baikpulih seeloknya disusun mengikut urutan Shower + Toilet, Dapur, Ruang Tamu dan akhir sekali barulah ke Bilik-Bilik. Susunan ini bukan la satu kemestian, ini cuma satu tips yang dapat gua kongsikan bersama. Nak praktik atau tidak bergantung kepada keadaan dan kesesuaian masing-masing.

Sebelum memulakan kerja-kerja baikpulih juga, terdapat satu perkara yang perlu kita kenalpasti dan selesaikan terlebih dahulu. Perkara ini ialah yang berkaitan dengan utiliti, iaitu sambungan bekalan elektrik dan air. Check samada meter elektrik atau air masih ada dan berfungsi. Ada beberapa kebarangkalian;

1. Meter masih ada dan berfungsi. Rumah baru ditinggalkan.
2. Meter ada tetapi tidak berfungsi. Kalau meter air mungkin sudah dikunci. Rumah sudah ditinggalkan dalam tempoh lebih kurang 6 bulan.
3. Tiada meter langsung dan sambungan elektrik dan air sudah dipotong. Rumah sudah lama ditinggalkan.

Dalam kes rumah lelong gua, dah jatuh dalam kategori ketiga. Almaklum lah, rumah dah hampir 10 tahun tak berpenghuni. Jadi untuk gua memulakan perancangan membaik pulih rumah lelong ni, kena setelkan urusan utiliti ni dulu. Kalau tanpa utiliti, seperti lampu, bekalan eletrik/air, susah untuk kerja-kerja baik-pulih dijalankan. Solusi untuk ketiga-tiga kes adalah seperti berikut.

1. Boleh pergi ke pejabat TNB atau perbadanan bekalan air (kalau di Penang, PBA) dan membuat urusan penukaran nama untuk akaun utiliti.
2. Sama seperti 1.
3. Boleh pergi ke pejabat TNB atau perbadan bekalan air untuk urusan memasukkan meter dan akaun baru.

Kes 1 dan 2 gua tak berapa mahir. Sebab gua tak buat sendiri. Cuma jangkaan gua lebih mudah sebab cuma perlu menukar nama di akaun lama dengan nama baru. Macam biasa untuk sebarang urusan bawa memorandum of sales, POS & COS bersama supaya mudah staff-staff mereka gunakan untuk rujukan sekiranya perlu. Masa urusan gua dengan PBA Penang, staff dorang siap minta Letter Offer dari bank sebab mereka nak pastikan gua dapat pembiayaan untuk setelkan baki harga pembelian rumah lelong gua. Yelah kalau gua tukar nama, tapi loan tak lulus, nanti macam sia-sia sebab tu dorang minta Letter Offer tu.

Untuk urusan dengan TNB, TNB sekarang dah beri kerja-kerja pemasangan meter kepada kontraktor. Jadi sekiranya kita nak ingin memasang meter elektrik, kita perlu mencari kontraktor terdekat yang mendapat kebenaran TNB untuk kerja-kerja pemasangan meter elektrik ni. Boleh google in sha Allah boleh dapat list-list atau recommendation kontraktor dikawasan sekitar kita. Jika ingin lebih pasti, boleh berkunjung ke cawangan TNB terdekat dengan rumah lelong kita, dan mintak list kontraktor dari dorang.

Caj untuk kontraktor TNB yang dikenakan kat gua kalau tak silap gua, RM170. Deposit untuk TNB pula ialah RM250. RM250 ni sekiranya nanti bila kita tak bayar dan buat xtahu saja dengan bil elektrik atas nama akaun kita, TNB akan potong tunggakan bil dari deposit ni. Hati-hati ngan kontraktor TNB ni. Rate harga dorang berbeza-berbeza.

Riki 2-3 kontraktor dan amik la harga yang termurah. Harga sepatutnya berbeza untuk meter 1-phase dan 3-phase je. Untuk 1-phase lebih kurang harga yang gua kena. Dan untuk 3-phase lebih mahal lagi. Harga ni sepatutnya standard. Kalau jauh lari, maksudnya memang kontraktor markup banyak. Gua survey kat Internet ada yang kena sampai RM400 -RM600. Fuhh. Urusan pemasangan meter ni makan masa lebih kurang seminggu. Untuk dokumen pulak, kotraktor gua cuma minta copy IC je dan alamat je dari gua.

Pemasangan meter bekalan air pulak dilakukan oleh staff mereka sendiri. Ada team yang handle bahagian pemasangan meter ni. Urusan semua gua lakukan di pejabat PBA. Cakap nak pasang meter baru dan bawa dokumen-dokumen macam yang gua cakap tadi. Pastu dorang bagitahu tunggu dalam seminggu boleh siap. Tapi ikut pengalaman gua agak hampeh jugak. 2 minggu tak siap lagi. Bila gua pergi ofis untuk tanya tentang urusan pemasangan meter rumah gua, dorang boleh cakap xpayah datang ofis, call je nanti siap. haha gua datang ofis pun tak siap lagi. terpaksa gua call ofis bahagian Perai dan Seberang Jaya, dan team yang handle pemasangan meter tu sendiri baru kerja nak jalan. Makan dekat sbulan jugak, itupun kena ada usaha untuk push. Caj yang dikenakan ialah Duti Setem RM10, dan RM50 (bergantung kepada jenis rumah sebagai deposit. Harga ni gua xbeberapa nak ingat, gua kena caj hampir RM100 dikira denga tunggakan yang gua perlu setelkan.

Untuk bil TNB, gua boleh konfirm yang segala tunggakan bil elektrik sebelum ni kita tak perlu bayar. Urusan pendaftaran juga akan dijalankan oleh kontraktor. Kita cuma perlu update status dari kontraktor je samada pemasangan sudah siap atau tidak. Bil air pulak mungkin bergantung kepada badan perbekalan air di negeri masing-masing. Di PBA Penang ni, kita perlu bayar tunggakkan selepas ditolak deposit owner yang sebelum ni. Gua ingatkan tak perlu bayar sebab dari sumber bacaan gua tak perlu bayar pun. Seb baik la tak banyak. haha.

Harini cerita tentang utiliti sahaja dah panjang nampaknya. Terpaksa la isu-isu lain gua share dalam epsiod dan part lain pula, haha. Ni nak share sikit tentang pemantauan rumah sewa. Jadi rutin gua, paling kurang sebulan sekali gua akan berkunjung ke rumah sewa gua. Selalunya tujuan utama adalah untuk menyelesaikan isu-isu penyewa. Penyewa baru masuk la, lampu tak hidup la, tombol pintu rosak la, biasala penyewa perempuan kita kena jaga sikit.

Jadi hujung minggu lepas gua pun pergi menjalankan rutin bulanan gua. Macam biasa jugak gua akan jumpa dengan jiran-jiran gua yang mana ramah sembang-sembang. Ada sorang pakcik yang gua panggil sebagai Pakcik Jamal. Pakcik ni bagus, dia pandai bab-bab bertukang dan repair merepair ni. Dan memang apa-apa yang rosak kat rumah gua, selalunya Pakcik Jamal la yang menjadi sandaran gua.

Gua dengan Pakcik Jamal boleh tahan kamcing. Selalu gua pesan kat Pakcik Jamal, kalau ada rumah kosong nak jual kat area tu cepat-cepat bagitahu gua. Weekend lepas bila gua sampai, Pakcik Jamal dengan excited nya bagitahu gua ada rumah nak jual, tingkat 3, RM50K je. Gua pun sama-sama excited dengan Pakcik Jamal. Kami pun bergegas ke rumah berkenaan. Sampai kat depan rumah tu, memang diluar jangkaan. Yang pertama Pakcik Jamal tersilap, rumah tu bukannya di tingkat 3, tapi tingkat 4, tingkat paling atas. Kalau walk-up flat, tingkat atas memang tak laku, nak sewa susah nak jual semula pun susah.

Dalam Rumah Ada Ayam
Tapi yang paling mengejutkan ialah keadaan rumah tu. Rumah ni diduduki oleh orang yang bekerja dengan MPSP. Jadi macam-macam barang yang dia jumpa, dia kutip dan longgok kat rumah tu. Tengok sendiri la depan rumah tu macam mana. haha. tu tak cukup mengejutkan lagi. yang paling best boleh nampak orang ni ada bela beberapa ekor burung kat depan rumah dia kan. Tu kat luar, kat dalam rumah siap ada ayam oi. Dia ada bela ayam dalam rumah. Punaya betoi . ahaha. Pakcik Jamal memang ada cerita dengan gua sebelum ni. Ni betul-betul depan mata gua. Siap boleh dengar ayam berkokok lagi. hahaha

Gua nak pi dekat pun tak berani. Sebab pintu grill tu terbuka. Maksudnya dia ada kat rumah. Hari tu pun hari Ahad, jadi dia mungkin tak bekerja. Punaya betui rumah flat tingkat 4 boleh bela ayam pulak. hahahaha. waduhh. Ni rumah dia sewa ja. Tuan rumah tak pernah mai tengok. Nak jual macam ni tuan rumah oi, sapa mau beli. Kalau tuan rumah tau ni, mau ayam dia ni kena buat kenduri. ahaha.
Rajin-rajin le check rumah sewa hangpa na.

Sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lain:

3 comments

Bro, tengah tunggu disbursed dari bank. boleh trus tukar nama bil tnb, pba dan iwk ke?

salam tuan. hamba ade berhajat nk beli rumah lelong tapi bil tunggakan rumah tu dlm 1k+.. nti klu rezki hamba dapat rumah tu,tlg doakan hamba.. :) kalau nk tukar nama kena bayar ke tunggakan tu?

Respect and I have a dandy offer you: Where To Buy Houses That Need Renovation typical renovation costs


EmoticonEmoticon