Sunday 7 January 2018

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 18@Part3( Repair dan Baik Pulih Rumah Lelong )

Tags


Lama sangat dah ni gua tak menaip. hahaha. dah lupa apa cerita dalam episod-episod yang lepas dan apa bahan yang nak dikongsikan dalam episod-episod nak mai ni. Punggah betoi. Sejak mula cuba menjinakkan saham ni, gua banyak spend masa untuk study selok belok saham. Punca dia sebab gua belajar sendiri ja, jadi memang perlu extra effort sikit la nak catch-up knowledge dalam bidang saham yang luas dan dinamik tu.

Episod ni gua nak sambung cerita pasal proses repair dan baik pulih rumah lelong. Disebabkan dah lama tinggal gua memohon maaf sekiranya ada discontinuity dalam sharing gua untuk episod ni berbanding episod yang lain-lain. Don worry, gua memang intend untuk selesaikan cerita rumah lelong ni disebabkan gua tengok even gua dah 2 3 bulan xde post episod baru, pageviews still increase steadily untuk blog ni. Maknanya ada reader yang ada interest, dan hopefully kalau tak banyak, ada sedikit manfaat untuk orang-orang yang membaca kisah ni.

Sori kalau gua dah buat korang kecewa menunggu episod baru, gua cuba selesaikan dalam masa terdekat ni. Lagipun target gua, kisah lelong ni sampai ke episod 20. Tinggal beberapa episod je lagi. Buat banyak-banyak episod nanti dah mcam sinetron plak jadinya. haha

Orait, cut the crap. Now kita begin sharing kita. Last episod kita berkongsi mainly tentang utilities. Nak baiki rumah, antara step terawal dan terpenting adalah memulihkan bekalan utiliti seperti bekalan air dan elektrik. Nak repair atau nak apa, ada elektrik dan air jadi mudah. Boleh pakai tools yang memerlukan elektrik, ada sumber pencahayaan dari lampu, air untuk bancuh simen ke ape atau nak bersihkan kawasan-kawasan tertentu, itula pentingnya utilities ni.

Selesai bab utiliti, boleh la mula bergerak ke agenda-agenda lain pulak. Macam gua, mengikut formula yang gua pakai, mulakan proses baikpulih dengan kawasan bilik air/toilet, kemudian ke kawasan dapur, kemudian ruang tamu, dan akhir skali baru la kebilik-bilik. Sebab kenapa gua buat macam ni gua dah explain dalam Episod 18 part1 kalau tak silap.

Bergantung kepada apa tujuan kita beli rumah tersebut, kita boleh setkan proses baikpulih atau penambahbaikan apa yang menjadi priority kita. Kalau beli rumah nak flip, ataupun nak jual semula, boleh buat renovasi yang akan menambah nilai tersebut. Pasang tiles pada lantai, kitchen cabinet dibahagian dapur, plaster siling, renovate bilik mandi adalah antara renovasi yang boleh menambah nilai kepada rumah tersebut. Kalau rumah landed boleh naikkkan tembok batu serta gantikan pagar hat elok sikit, untung-untung bertambah la nilai rumah kita.

Kalau beli rumah nak duk sendiri, boleh jugak buat perkara yang sama. Kalau beli rumah flat/apartment yang sempit, boleh convert satu bilik jadi dapur dan ruang tamu akan bertambah luas. Ikot la kreativiti dan kehendak masing-masing. Cuma, kalau untuk duduk sendiri, kita boleh lakukan penambahbaikan secara berperingkat. Kalau kekurangan bajet, buat lah sikit2, tak perlu la sampai meminjam. Ada jugak kes dimana rumah dah dibeli, tapi sebab tunggu nak buat full renovation, rumah tu tak juga diduduki. Rugila sebab instalmen tetap kene bayar, rumah sewa sedia ada pun tetap kena keluarkan bayar sewa, Situ sahaja dah berlaku kebocoran perbelanjaan. Pendapat gua boleh masuk pindah dulu, dan buat renovasi sikit2 mengikut bajet yang kita ada.

Untuk rumah yang dibeli untuk disewakan pula, bergantung kepada owner nak buat renovasi yang macam mana. Macam kes gua, memandangkan bajet gua tak ramai, gua buat proses baikpulih dan penambahbaikan yang perlu sahaja disamping tidak mengabaikan keselesaan dan keselamatan bakal penyewa. Most dari bajet gua, gua habiskan untuk renovasi bahagian bilik air, tandas dan sinki. Disamping memikirkan keselasaan bakal penyewa, gua juga cuba untuk menangani risiko kerosakan jangka masa panjan., Kawasan-kawasan ini berkait rapat dengan saliran air, jadi eloklah diutamakan untuk pasang tiles kat sini berbanding tiles dilantai ruang tamu atau bilik-bilik. Jika biarkan sahaja tanpa tiles, kesan jangka panjang boleh dilihat bila dinding-dinding di kawasan ni menyerap air dan boleh menyebabkan dinding tak sedap dipandang dan tak juga  kukuh seperti asalnya.

Bila memerlukan kerja renovasi dan repair ni, biasanya akan melibatkan kontraktor. Pemilihan kontraktor ni sangat la penting. Kalau boleh pilih kontraktor yang ada track record yang baik, trusted and reliable. Camna nak cari? tanya sapa2 yang pernah guna khidmat kontraktor sebelum ni, ada tak yang dorang boleh recommend. Gua tak boleh nak tolong nak tolong recommend. haha gua sendiri kena game dengan dua orang contractor. Satu buat keje tak habis. Dah la xhabis, pastu barang2 yang dia pakai tinggal macam tu je bersepah dalam rumah.

Seorang lagi hijack piping system gua. Walaupun gua xnampak dia yang buat, tapi yang boleh masuk rumah masa kami dua orang ja, sebab kami saja yang ada kunci. Gua pun pelik kenapa drain pipe gua tersumbat sebelum ni elok ja. Terpaksa kerat sebahagian drain pipe pastu ganti dengan yang baru. Dalam drain pipe tu ada batu yang macam batu orang letak dalam akuarium tu. Takkan la batu tu tiba-tiba mai lepak pulak dalam drain pipe sedangkan sebelum ni takde. Haihh. Tula bila memikirkan balik, bab kontraktor ni susah nak handle kecuali kalau kita dapat kontraktor yang cekap dan jujur.

Cenggini ha batunya
Tips yang gua boleh bagi pasal kontraktor ni, first macam yang gua dah cakap tadi, seboleh-bolehya pilih yang memang ada track record yang baik. Kalau dah betul xda yang kita kenal baru kita cari hat lain. Second, cari masa untuk monitor kerja dan progress dorang. Macam gua challenge yang gua hadapi ialah rumah gua kat seberang, sementara gua kerja and stay kat area pulau. Masa dorang buat kerja memang gua takda kat rumah tu nak monitor dorang. Weekend plak kerja xboleh dijalankan sebab management xbagi. Perlu monitor sebab kalau tak progress memang slow. Bukan kita nak jadi bossy, tapi kita bayar beribu-riban kot jadi kita expect work yang quality dan worth it. Lagi satu kadang-kadang dorang amik banyak projek, jadi kalau kita tak monitor dorang, dorang akan gi buat projek orang lain dulu.

Third, never never never bagi full payment sebelum job dorang setel. Kalau boleh buat progressive payment lagi cantik. Bagi by percentage based on percent of work completion. Lagi cantik kalau ada black & white yang dah dipersetujui dua-dua pihak sebelum kerja dimulakan. Ada membe gua yang praktik benda ni. Tambah lagi satu tips, kalau korang pandai dan ada masa, boleh beli barang-barang yang diperlukan dan sediakan untuk dorang buat kerja. Rate biasa dorang akan ambil markup atas kos barang plus upah dorang. Jadi kaalu barang dah siap beli biasanya rate akan murah banyak.

Itula pahit manis dalam menyiapkan rumah. Tapi bila dah siap memang totally worth it, sejuk hati dan mata memandang keadaan rumah. Bagi gua feel dia macam vision kita dah kita realised kan, itu yang bagi taste of satisfaction. Gua tak jugak kata suma kontraktor bagus. Yang bagus tu bagus la, kalau yang tak bagus memang boleh buat pening kepala. Kawan gua pun ada yang kena game sampai 5k buat kitchen cabinet tak siap pastu cabutt. Even orang yang experience dalam property ni pun ada complaint pasal kontraktor. Mungkin sbab takde monitoring dari authority untuk kerja-kerja kontraktor ni, sebab tu penipuan berleluasa.

Buku pertama gua untuk 2018.
Orait. Rumah dah siap. Next kita share tentang sediakan rumah untuk penyewaan pulak. Gua akan kongsi pasal furnishing the property, tenancy, tenancy agreement dan stamp duty tenancy agreement. Tenancy agreement pun gua akan provide nanti in sha Allah. Boleh la download tenancy agreement atau perjanjian rumah dengan secara percuma dari blog ni. So, stay tuned na. Snapshot sikit buku pertama untuk tahun 2018 haha. Mungkin ada antara korang yang dah baca buku ni. Dah lama published kan. Gua cuma minat nak tahu macam mana nak beli rumah undervalue. In sha Allah kalau ada isi baik dari buku ni nanti gua kupas na.

Gua meminta maaf sebab lama sangat gua tak update.
Kalau ada soalan nak tahu pasal proses baikpulih dan renovasi rumah secara lebih detail, boleh la ajukan diruang comment. Gua cuba tolong based on apa yang gua mampu dan capacity gua.

Sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lain:


This Is The Newest Post

1 comments so far

Online Casino | Get Bonus and Information - Kadangpintar
Online Casino. The casino is popular among young and old in Cambodia. It is 온카지노 popular amongst players who are in the entertainment, gaming and


EmoticonEmoticon