Tuesday 18 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 11( Prosedur Semasa Lelongan Rumah Lelong )

Tags

Setelah 10 episode, episode 11 menandakan bermulanya fasa semasa lelongan. 10 episode sebelum ni dah khatamkan bab sebelum memasuki lelongan secara ringkas tapi padat. Elok lah study dan fahamkan fasa sebelum lelongan ni, baru la bila melangkah ke dewan lelong, tak perlu ada rasa cuak dan nervous. Cuak ngan nervous sama maksud ke? Ah, ada aku kisah. hahaha.

Haa, episode 11 gua nak share tentang step-step formal semasa hari lelongan. Gua cuma akan share apa yang perlu korang buat semasa hari lelongan je, bab-bab tips dan pengalaman semasa lelongan akan gua share dalam episode yang mendatang. Dalam episode 4,medium lelongan, gua ada share dengan korang yang secara general lelongan boleh dibahagikan kepada 2 jenis, lelongan mahkamah dan lelongan LACA. Jadi, episode 11 ni, gua akan share step-step yang perlu dibuat semasa lelongan bagi kedua-kedua lelongan mahkamah dan lelongan LACA. Step nya ada sedikit berbeza, tapi tak jauh beza. Yang mana blur, "Hah, LACA? apa tu?" boleh pi check episode 4 dulu na.

Langkah-langkah Semasa Lelongan Mahkamah

1. Buat Bank Draf
2. Hadirkan diri ke mahkamah.
3. Tulis details seperti Nama, No Kad Pengenalan, Alamat dan No. Kes Pelaksanaan di belakang bank draf tersebut. (No. kes pelaksanaan boleh didapat dari POS, kebiasaannya muka surat first, bahagian atas mukasurat)
3. Masukkan Kad Pengenalan, serta bank draf yang telah ditulis dengan detail tadi, kedalam sebuah sampul. ( Seeloknya sampul bersaiz macam sampul surat standard tu)
4. Di mahkamah, cari bilik/dewan lelong. Tak tahu kat mana, sila bertanya pada staff mahkamah.
5. Masukkan sampul yang dah diisikan dengan IC dan bank draf tadi kedalam peti lelongan yang disediakan mahkamah. Tak tahu kat mana, sila bertanya.
6. Sedia maklum bahawa sebaik sahaja sampul telah dimasukkan ke dalam peti lelongan, anda tidak boleh menarik diri lagi.
7. Sampul juga perlu dimasukkan kedalam peti lelongan sebelum masa yang ditetapkan. Boleh check dalam COS pukul berapa.
8. Tunggu sehingga lelongan dimulakan. Jangan kemana-mana bila sewaktu lelongan berlangsung. Ini kerana sebaik sahaja giliran rumah lelong anda, anda akan dipanggil untuk masuk ke dewan lelongan.
9. Anda akan diberikan satu paddle. Gua pun tak sure betul ke orang panggil benda ni paddle. haha. Paddle ni tertera number anda yang akan digunakan sebagai rujukan ketika lelongan.


Langkah-Langkah Semasa Lelongan
10. Dengar arahan pelelong sebelum lelongan dimulakan. Maklumat penting yang diberi perhatian adalah reserve price,(mungkin dinaikkan mengikut jumlah peserta) dan kadar kenaikan bagi 1 bidaan. Sekali angkat paddle berapa harga akan naik, 1k ke 2k ke, 3k ke.
11. Mula membida.
12. Bidaan akan tamat selepas harga tertinggi.Pelelong akan menamatkan lelongan dalam kiraan 3.
13. Pemenang boleh tunggu, yang lain jangan kecewa, balik dulu nanti mai la lagi na.

Langkah-langkah Semasa Lelongan LACA

1. Buat bank draf.
2. Pergi ke venue lelongan.
3. Daftar kan diri anda.
4. Terima paddle.
5. Duduk tunggu sehingga lelongan bermula.
6. Tunggu giliran rumah lelong anda.
7. Dengar arahan pelelong sebelum lelongan dimulakan. Maklumat penting yang diberi perhatian adalah reserve price,(mungkin dinaikkan mengikut jumlah peserta) dan kadar kenaikan bagi 1 bidaan. Sekali angkat paddle berapa harga akan naik, 1k ke 2k ke, 3k ke.
8. Mula membida.
9. Bidaan akan tamat selepas harga tertinggi.Pelelong akan menamatkan lelongan dalam kiraan 3.
10. Pemenang boleh tunggu, yang lain jangan kecewa, balik dulu nanti mai la lagi na.

Ini secara ringkas yang gua boleh share. Untuk maklumat lebih jelas, tepat dan terperinci, sila rujuk dalam POS dan COS korang. Itula penting nya POS dan COS tu. Dari step-step yang gua dah list kat atas orang boleh nampak ada sikit perbezaan kan. Selain itu, terdapat perbezaan dari segi suasana semasa lelongan. Haa, bab suasana dan beberapa tips semsa lelongan, gua share dalam epsiod akan dating la, in sha Allah. Sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lepas:


EmoticonEmoticon