Game Rumah Lelong |
Okey, sebelum kita teruskan perkongsian, gua nak samakan situasi semasa lelongan sebagai drama. Biasalah kalau drama tajuk mesti gempak, macam drama pukul 7 kat TV3 tu. So kita namakan drama rumah lelong ini berjudul, Aku Tailong Lelong. Hahaha. Tajuk poyo takpe, ade sebab tersirat kenapa gua letak tajuk macam tu . Kalau drama suwit-suwit, ada watak abang jambu, jilopa dan lain-lain, drama rumah lelong ni ada watak seperti:
1. Man Belon
2. Ejen Lelong
3. Ulat Lelong
4. Pelelong
5. Tailong Lelong
Next, penjelasan tentang watak-watak yang terlibat:
1. Man Belon
Man Belon Punyaa |
Kalau ada seorang je Man Belon, korang lawan la bidaan dengan Man ni berdua semasa lelongan nanti. Kalau takat seorang je lawan korang, possibility harga bidaan tertinggi nanti tak lah melambung. Watak Man Belon boleh jadi ramai. Kalau dah ramai xboleh la pakai nama Man Belon aje. Katakan ada lagi Man Baldi, Rosnah Mat Aris, Chua Simen, Adrian Mutu dan lain-lain.
Kalau unit yang korang masuk tu hot, boleh jadi Man Belon dan watak-watak ni akan masuk membida jugak. Pengalaman gua paling ramai gua masuk 13 bidder. Dari bacaan gua, ada yang puluh-puluh bidder pun ada. Dah ramai masuk, possibility harga bidaan tertinggi tu melambung naik adalah amat tinggi.
2. Ejen Lelong
Kebiasaan nya ada ja ejen lelong ni semasa lelongan. Sebelum gua terus berkongsi cerita, gua nak bagitahu yang gua bukan anti dengan ejen. Gua tau ada yang cari makan jadi ejen. Gua cuma anti ejen yang menindas. Gua sendiri ada belajar dengan ejen lelong melalui posting dorang kat FB. Kalau korang malas blajar, hire la ejen. Memang patut dorang kenakan caj atas kepakaran dorang dan masa yang dorang spend untuk korang.
Dalam drama rumah lelong, ada ejen yang mewakili klien dan ada juga yang membida sendiri. Ejen yang mewakili klien akan dapat komisyen dari bank jika klien dorang menang. Jadi kalau ejen yang takat offer kata nak tolong daftar pastu mintak caj, xpayah la korang hire. Gua dah explain dalam episod 11 camna nak daftar untuk lelong ni, sangat mudah. Pendapat gua, amat la tak patut dikenakan caj. Nt komisyen bank pun dorang dapat lagi.
Kalau ejen yang educate korang pasal rumah lelong, dan bantu korang sampai selesai urusan pembelian rumah, itu memang patut la dorang caj. Dorang dah banyak experience dan contact. Kalau nak jimat duit, nak handle sendri, kena blaja la. Syok sebab rumah dapat, yang lagi mahal ilmu pun dapat.
3. Ulat Lelong
Adat drama rumah lelong memang ada watak ulat ni. haha. Daripada first time gua masuk lelong dah jumpa ulat-ulat ni. Dan tak pernah lagi gua pergi lelong, ulat ni takde, Beza cuma banyak atau tak je. Ulat lelong memainkan watak untuk early settlement. Dorang samada akan offer korang duit untuk tarik diri dari lelongan, atau mintak korang duit untuk dorang atau orang dorang wakili tarik diri dari lelongan.
Memang menganggu dan kadang-kadang sampai tahap meluat. Yang buat gua rasa bengkek, dorang ni bukan orang susah. Ada maklumat gua dapat dari pelelong, ulat-ulat ni sendiri mempunyai berlambak unit-unit rumah. Grrr. Sebahagian dari dorang adalah ejen. Sebahagian ya, bukan suma. Kesian kat ejen lain yang tak terlibat. Ada yang buat deal undertable ni untuk klien dorang. Ada jugak yang memasang perangkap. Perangkap macam mana nanti gua share dalam next episod ae.
4. Pelelong
Pelelong ni manusia yang mencari rezki amik job untuk lelongkan unit-unit lelong tu. Dorang macam manusia biasa, ada yang yang skema ada yang sempoi. Yang sempoi tu korang pergi la bersembang, Tanya apa korang nak tahu pasal hartanah. Dorang banyak knowledge sebab nak jadi pelelong ni kena kuasai National Land Code yang diguna pakai untuk urusan transaksi hatrtanah kat Malaysia ni. Ada jugak yang kelam, lagi nervous dari pembida hahaha. Kalau jumpa yang kelam, korang pun jangan lah ikot kelam skali ya.
5. Tailong Lelong
Korang adalah tailong lelong. Dalam drama ni korang hero, Hahaha. Sebab apa gua bagi watak hero kat korang? Sebab hero slalu steady, macho dan compose. Kualiti ni korang kena ada kalau nak jadi pembida Berjaya. Korang kena kental diasak oleh ulat-ulat dan pembida-pembida lain. Maintain cool buat xtahu je.
Dalam drama, hero jugak slalu kalah dulu, menang pada akhirnya. Sebagai tailong lelong, ni objektif korang. Abaikan hiruk pikuk sebelom lelong berlangsung, keep calm dan focus yang tjuan utama korang datang lelongan adalah nak menang unit lelong yang korang masuk pada harga yang menguntungkan. Gua emphasis harga yang menguntungkan ni sebab kalau korang lost control, jenis xnak kalah, korang boleh menang, tapi korang akan menang pada harga yang merugikan. Tarikan rumah lelong ialah rumah below market value/market price. Kalau nak beli atas market price baik la beli subsale.
Drama Berlangsung
Untuk lelongan di mahkamah, hanya pembida dibenarkan masuk ke dalam dewan lelongan. Menjadi kebiasaan, watak-watak yang disebutkan diatas akan berkumpul di luar dewan. Bila turn unit yang korang masuk dilelongkan, barula korang boleh masuk dewan lelongan.
Untuk lelongan LACA pula, orang bebas keluar masuk dewan lelongan. Yang tak register sebagai pembida pun boleh masuk. Breakfast pun disediakan. Gua syorkan kalau korang nak pi rasa macam mana suasana lelongan, pi la hadir ke lelongan LACA. Pergi tengok je takyah bid pun.
Masa ni la drama bermula, watak- watak seperti Man Belon, Ejen, dan Ulat Lelong sekrang berada disekeliling anda. Ada macam-macam jenis hasutan, lakonan akan berlaku. Haha seronok pulak bila ingat balik.
Tips yang gua boleh share:
1. Kalau di mahkamah, lepas je korang drop bank draf dalam peti lelong, gi la jalan-jalan, jangan stay kat luar dewan lelong. Korang berisiko untuk diserang ulat-ulat lelong dan Man belon kalau stay kat situ. G la jalan-jalan keliling mahkamah tengok banduan baru sampai ke, mana tau boleh wujud rasa syukur nanti
2. Set siap-siap bid limit korang. Dewan lelong ni berhantu, disebabkan emosi terlalu nak menang nanti bid over limit plak.
3. Jangan dedahkan bid limit korang kepada sesiapa pun. Man Belon ke, Rosnah ke, ejen ke.
4. Jangan terima duit yang ditawarkan oleh ulat atau pembida lain. Ingat niat korang datang nak menang bid. Bab hukum halal atau haram duit tu gua xtawu. Kalau halal, korang nak amik jugak ikot korang la. Gua xmasuk campur.
5. Bawak side kick. Biasa hero mesti ada pembantu. Bawak la geng korang, nanti korang sunyi pulak. Bila dah sunyi nt bersembang pulak dengan orang yang salah, Tailong lelong bawak la abang long fadhil ke, ayahanda rani kulup ke. Boleh la geng bersembang.
Sekian buat episod kali ni. Sampai sini dulu na.
Link untuk episod-episod lepas:
1 comments so far
Saya tengah nak belajar join beli rumah lelong. Walaupun sekarang online action je, rupanya ulat2 lelong ni masih wujud. Saya lantik agent utk join auction.
30 minit sebelum lelongan bermula dia call saya, katanya ada orang nak offer RM2K (saya 1k, agent 1k), untuk saya let go unit yang diidamkan tu. Agent tu kata, orang yang nak beli tu kaya, banyak duit, dia akan lelong sampai dapat.
Agent tu suggest saya withdraw je, dan ambik duit RM1k tu.
Saya terkejut, tak sangkar online pun boleh buat macamni. Takda transparency.
Saya kata takpa, proceed je bid tu, kalah pun takpa.
Agent tu Tanya nak tambah amount maximum bid tak, supaya higher chances untuk menang.
Pun saya taknak, saya kata takpa, stick dengan maximum bid sebelum ni.
Tak lama lepas tu, saya nampak ada FB post agent lain, ada orang menang unit tu dengan harga RM2K lebih daripada maximum bid price saya.
Kesimpulannya, ulat tetap ulat, akan ada dimana mana.
EmoticonEmoticon