Thursday, 20 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 13@Part 1 ( Pengalaman Beli Rumah Lelong )

Tags

Dalam episode 13 hingga episode 15, gua bercadang untuk kongsikan 3 lelongan yang pernah gua pergi. Kita gunakan 3 episode ni sebagai case study kita. Gua akan share apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas lelongan untuk ketiga-tiga case study ni. Jadi, episode 13 adalah untuk case study yang pertama, dan gua namakan case study ni sebagai Halaman Kenanga, sempena nama unit yang gua try nak bida.


Case Study 1 - Halaman Kenanga

Snapshot Unit Halaman Kenanga untuk dijual dari Mudah.my

Sebelum Lelongan   
  
Gua dah lupa bila tarikh lelongan ni. Seingat gua, hujung tahun 2016. Masa tu gua ada simpanan boleh tahan banyak. Nak kawen tak da calon. Sayang la nak biaq duit tu macam tu ja dalam bank, xbawak manfaat kepada sapa-sapa pun. Jadi gua memulakan pencarian rumah di mudah. Terkezut gua waktu tu, gua unit di Halaman Kenanga ni on-sale pada harga RM80,000.

Musykil gua apehal murah sangat, walaupun pada waktu tu gua belum familiar dengan market value rumah-rumah kawasan sekitar Penang ni, gua boleh suspect yang harga tu memang bargain price. Untuk pengetahuan korang, unit lelong di Halaman Kenanga ni adalah sebuah apartment low medium cost, 3 bilik. Halaman Kenanga ni kedudukannya cukup strategic. Terletak di Sg. Nibong, Pulau Pinang, ia cuma 10 minit je nak ke USM. Berdekatan dengan pelbagai kemudahan. Gua, rasa kalau RM150,000 pun dah cukup murah. Ni, RM80000 je, MashaAllah, awat murah sangat ni.

Jadi gua terus wasap no yang tertera di iklan tu. Ejen yang reply, katanya rumah lelong. Ohh patut la. Minat gua terhadap unit ni makin mendalam dah. Gua search semua unit Halaman Kenanga yang nak dijual di Mudah, rata-rata selling price adalah RM220,000. Paling murah yang ada, RM190,000 dan paling mahal mencecah RM280,000. Wah berbaloi sangat  ni, tak meleset jangkaan gua.

Gua sebelum tu dah pernah expose dengan lelong sikit-sikit. Gua dah beli buku Dr. Azizul Azli dengan Abang Shafie Bustan dalam tahun 2015. Baca-baca pastu tak amik apa action pun. Dengan minat ke gua keatas unit tersebut dan keinginan gua untuk mengetahui selok-belok pembelian rumah lelong ni, gua mulakan langkah-langkah mengorek ilmu dan cuba apply apa yang gua taw. Sambil balaja sambil apply. Hat tu yang syok tu. Buku-buku yang gua ada pun habis gua baca semula.

Sebelum tu gua juga dah tahu wujudnya portal lelong untuk CIMB. Dalam masa yang gua survey-survey rumah lelong di CIMB, gua jumpa unit Halaman Kenanga yang sama. Ini bermakna unit tadi dilelongkan oleh CIMB. Fikir-fikir balik, gua boleh cuba masuk lelongan ni sendiri tanpa ejen, sebab gua dah tahu bank mana yang lelongkan. Di portal CIMB pun ada contact untuk sebarang pertanyaan tentang rumah yang mereka lelongkan. Di fikiran gua, lebih baik gua deal dengan bank terus daripada deal dengan ejen.

Gua contact bank dan daftarkan diri gua. Punya mudah cuma bagi nama dan no IC je. ahaha. Sebagai seorang amatur yang noob, gua mula kan langkah gua dengan site visit. Pergi tengok unit tu. Dari luar elok. Pintu berkunci pula. Jadi dalaman gua xtahu macam mana. Disebabkan curious, gua perati tengok jiran sebelah rumah pintu terbuka. Nampak ada Chinese aunty sorang tengah goreng-goreng, goreng ikan kot. Dari buku Brader Shafie Bustan, dia ada cakap bawak-bawak bersembang dengan jiran. Gua pun selamba je pergi tegur aunty tu.

Bila gua tegur, seorang uncle, gua yakin tu suami aunty tu keluar, gua sembang lama dengan dorang. Daripada perbualan dengan aunty, dan uncle tersebut gua dapat macam-macam info yang berharga. Rumah tu baru je 2 3 bulan tak berpenghuni. Tuan rumah sewakan rumah. Penyewa keluar sebab tahu rumah nak dilelongkan. Keadaan dalaman sepatutnya baik la sebab baru je ditinggalkan. Gua juga bertanya dengan aunty dan uncle tentang kawasan kejiranan tu. Lama jugak kami sembang.

Lepas turun dari tingkat 19, gua bergegas ke management office. Sebab dari maklumat yang gua dapat, management office buka half-day hari Sabtu. Pergi sana, buat selamba dah masuk bagi salam suma, gua bagitaw la yang gua berminat nak masuki lelongan untuk unit tu. Jadi niat gua datang nak check maintenance fee yang tertunggak. Tak silap gua, tunggakan menghampiri RM1000. Not Bad la tu.

Tak lama lepas tu, selepas gua buat follow-up dengan PIC CIMB, mereka emelkan POS/COS kat gua. Daripada POS/COS tu gua faham yang segala tunggakan bil sehingga tarikh lelongan akan ditanggung oleh pihak bank.Sejuk hati gua, jadi gua tak check pun bil elektrik, bil air, bil indah water dan cukai pintu. Bab site visit dah, hal berkenaan bil pun gua dah semak.

Fokus gua selepas tu adalah nak check kelayakan pinjaman dengan bank. Yang gua igat masa ni gua cuti, dari Krismas sampai New Year. Time hari cuti tu, Selasa sampai Jumaat  gua pergi hamper kesemua cawangan bank yang terdapat kat kampong gua, Manjung. Masa ni la gua jumpa dengan Mat Bank, yang gua dah cerita dalam episode 1 dan 2. Selain Mat Bank, seorang lagi officer bank yang banyak berkongsi ilmu adalah Haji Ahmad, manager BSN Sitiawan.Seronok sembang dengan dorang ni.

Dari segi kelayakan, gua tak bermasalah sangat. Pada masa tu, gua zero commitment. Yang mungkin menimbulkan masalah ialah gua takde CCRIS rekod. Dah setel survey suma bank, gua terus buat bank draf kat CIMB. Sementara tengah cuti, eloklah la gua buat, nanti time kerja tak la kelam kabut.

Sekembalinya gua ke Penang, gua teruskan study apa yang patut. Gua repeat baca POS/COS beberapa kali. Ada satu benda yang menanggangu fikiran gua, kenapa ada disebutkan sekatan. Sekatan tu cakap gua perlu minta persetujuan kerajaan negeri. Mula-mula gua ingat tak serius. Lagi 2 hari nak lelong, gua telefon lawyer untuk pastikan.

Rupanya unit ni gua tak boleh beli. Sebab gua tak lepas syarat-syarat rumah low medium cost kerajaan negeri Pulau Pinang. Syarat-syarat nya korang boleh rujuk di Website Perbadan Perumahan Pulau Pinang. Kalau nak gua share pasal syarat-syarat rumah low cost Pulau Pinang, nanti gua buat satu posting lain. Selain Pulau Pinang, KL, Selangor dan JB jugak ada syarat-syarat macam ni. Nasib gua xmasuk, kalau gua menang bidaan dan tidak Berjaya dapatkan persetujuan neegeri dalam masa yang ditetapkan, deposit gua burn. ahaha.

Panjang dah posting ni, cukup sampai sini dulu na. Bab semasa dan selepas lelongan untuk case study ni gua share dalam next episode. Bersambung.......

Link untuk episod-episod lain:


EmoticonEmoticon