Tuesday, 25 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 13@Part2 ( Pengalaman Beli Rumah Lelong )

Tags

Bersambung dari Part1. Mana yang belum baca Episod 13@part1, gua tengah mula berkongsi tentang case study yang diambil dari pengalaman gua sendiri menghadiri, membida dan memenangi rumah lelong. Ada 3 case study, Halaman Kenanga, Sungai Batu dan Permatang Pauh. Tiap-tiap satu ada cerita dan drama yang tersendiri. Nak tahu macam mana gua menang rumah lelong? teruskan membaca hingga case study Permatang Pauh nanti.

Wokeyh, dalam part 1 untuk episode 13, gua ceritakan apa yang gua lakukan sebelum gua menghadiri lelongan. Gua ada buat sebahagian step yang perlu dilakukan sebelum lelongan. Memandangkan ini pengalaman gua yang pertama, ada beberapa step jugak yang gua overlook. Untuk episode 13 part yang kedua ni, gua kongsikan pula apa yang berlaku semasa hari lelongan.

Memulakan Perjalanan
"Don, amacam on tak? Jadi ke nak folo g lelong rini?" Don tak dapat nak follow. Jadi gua dengan cargas memulakan perjalanan bersama teman karib gua, si kuda biru hitam gua. Venue lelongan adalah di Evergreen Laurel Hotel, kat Pulau Tikus, Penang. Jam dah pukul 9.30. Walaupun lelongan hanya akan bermula 10.30, gua pederas kuda gua sebab gua xfamiliar sangat dengan jalan. Lebih kurang 10.15 pagi gua sampai. Hotel ni terletak di Gurney Drive. Pemandangan laut depan hotel ni menyejukkan mata gua. Syahduu.

Venue Lelong: Evergreen Laurel Hotel
Tiba Di Dewan Lelongan
Selepas menyamar macam pelanggan hotel, gua berjaya jumpa hall tempat lelongan diadakan. Orang lain rileks je masuk xpayah menyamar pun. haha. gua menyamar bukan sebab apa, kat pintu utama hotel, ada staff tolong buka pintu untuk gua. "Exclusive betul, xkan boleh selamba je masuk." Gua cakap dalam hati. Gua pun menyamar jadi customer, dan berjalan dengan gaya acah-acah kaya. Tapi xjumpa pun hall venue untuk lelongan tu. Penyamaran gua akhirnya terhenti kat situ. Haha terpaksa la tanya staff kat mana tempat nya. Setelah didirect oleh dorang, barula gua jumpa hall nya.

Buat-buat Ramah
Masuk je hall, gua terus cari geng untuk diajak bersembang. Awalnya memang gua hampa, sebab gua tak jumpa seorang pun melayu. India pun tak ada. Yang ada suma cina. Gua bukan racist, tapi ramai bangsa gua kata susah nak beli rumah sebab tak mampu. Tapi rumah lelong pun orang lain yang sebat, yang kita tak mencuba pun. Jalan-jalan lagi sikit, akhirnya gua nampak meja breakfast. tengok ada kuih-muih, ada apa lagi. Breakfast free. Sebab gua sorang-sorang, gua lalu je la. kalau ada geng syok sikit amik makan free. haha.

Jumpa pun Geng
Rupanya tepi meja breakfast tu ada dua orang lelaki berbangsa melayu tengah berdiri. Gua dengan cargas buat tak malu berdiri bersama depa ni. Tengok gaya, mereka sedikit tua dari gua, tapi tang hensem gua lebih sikit. Mula bicara, sembang2 sikit dan berkenal-kenalan. Seorang nama Saiful, seorang lagi Edi. Saiful ni berpengalaman dalam lelong. Dah beberapa kali join. Dan ada beberapa biji asset dah. Edi sama noobies macam gua. Jadi sambil bersembang, dalam masa yang sama gua dan Edi tengah mengorek rahsia-rahsia brader Saiful ni.

Ulat Mai Dah
Tengah ralit duk bersembang. Tiba-tiba ada aunty cina berbaju merah mai. Tengok macam dah tua, pangkat makcik-makcik dah. Mai-mai terus sembang dengan gua, tanya gua masuk bid unit yang mana. Gua cakap gua dtg nk tengok je, nak blaja. Gua xboleh nak bid unit Halaman Kenanga ni, sebab ada sekatan kerajaan negeri Penang. Jadi gua datang memang nak amik feel suasana dewan lelong je.

Ulat Mula Mengulat
Rupanya sebelum gua mai, ulat ni dah mai kat brader Saiful dan Edi. Jadi dia taw Saiful nak masuk bid. Edi xjadi masuk jugak, selepas dia dinasihatkan oleh brader Saiful. Rekod CCRIS Edi huduh. Tu pasai dinasihatkan tak buat bidaan. Berbalik kepada Aunty Ulat, dia dah mula cuba-cuba dengan Brader Saiful. "Lu nak bid ar? Xpayah lar. Kami kasi u menang lar. Bayar sikit la" Tu ayat dia. Melalui apa yang gua sempat baca pasal lelongan, memang ada mention untuk berhati-hati dengan ulat. Brader Saiful tolak pelawaan si Ulat. Ulat pi tempat lain pula.

Ulat Mai Balik
Kalau dah nama pun Ulat, perangai memang buruk. Haha. Nama dengan perangai sama buruk. Dia mai lagi dengan offer baru. Kata nak bayar RM500 ke brader Saiful. Supaya brader Saiful quit. Ni bagi 500, kemudian sorang lagi bidder yang dia cakap tu akan menang dengan reserve price. Macam-macam hal la Si Ulat ni. Kena rejek lagi. Pastu dia twist offer, suruh brader Saiful bayaR RM1000 untuk dia quit, dan brader Saiful akan menang unit dengan reserve price. tawar menawar tawar menawar sampai tiada kata putus. Dalam masa yang sama pelelong dah buat announcement nak mulakan lelongan.

Suasana dalam dewan lelong.
Lelongan Bermula
Gua, Edi dan Brader Saiful amik tempat. kami duk skali. Selain dari kami, ada satu family melayu yang mai. Yang lain suma berbangsa cina. Selain dari unit Halaman Kenanga dan unit brader Saiful, tak silap gua ada belasan unit-unit lain yang dilelongkan haritu. Ada yang menang reserve price, ada yang fight macam gila. Yang paling fight adalah unit Halaman Kenanga yang gua intent nak masuk. Ada 13 orang bidder kalau xsilap. Harga reserve price 80000, harga bidaan tertinggi ialah 190000. Hahaha betul-betul hot unit ni. Dan brader Saiful menang reserve price. Single bidder untuk unit dia tu. Haa nampak tak permainan Ulat tadi. Musibat sungguh dia gebang ja ada lagi sorang bidder. Kalau bagi duit kat dia tadi, macam tu ja dia amik duit pastu cabut. Musibat, musibat , musibat.

Ok, tips dari case study ni:
1. Hati-hati dengan ulat. dorang ni kat mana mana pun ada.
2. Lelong ni adalah lelongan LACA. Masa ni gua xtahu pun wujudnya lelongan laca dan lelongan mahkamah. Ingat suma sama je.
3. Kalau korang nak amik feel dewan lelong, korang boleh pi lelongan LACA ni. Sebab dia tak control sapa yang masuk dewan lelongan. Kalau di mahkamah, bidder saja boleh masuk, yang lain tunggu luar bilik lelong.
4. Study POS betui2. Gua hampir nak masuk dah lelongan unit Halaman Kenanga tu. Kalau kata gua masuk dan menang, gua tak boleh beli sebab ada sekatan kerajaan negeri. Deposit gua hangus, gua nangis bucu katil.

Sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lepas:


EmoticonEmoticon