Lama dah gua tak menaip ni. haha. gua spend masa sikit upgrade blog ni. Amacam okay tak?
Orait, tak perlu nak panjang cita lagi, episod kali ni gua nak share tentang case study no. 2, Sungai Batu. Gua akan share pengalaman gua bagaimana gua masuk lelong untuk satu unit rumah di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Moga-moga pengalaman gua ni dapat korang amik untuk jadi case study korang.
Case Study 2- Sungai Batu
Sebelum Lelongan
Survey Rumah. Selepas kegagalan gua untuk masuk bidaan unit di Halaman Kenanga yang telah gua kongsikan dalam case study yang pertama, gua terus meneruskan pencarian unit-unit rumah yang hot dan sesuai utuk dijadikan pelaburan. Macam normal, gua akan survey di Mudah. Dalam survey-survey tu, gua terjumpa, unit untuk dijual di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Harga RM70000, sesuai dengan bajet gua. Dengan cargas gua contact no dalam iklan tu.
Ejen Rupanya. Gua wasap no tu. Dia reply unit tu tuk dilelongkan. Ohh, gua ingatkan subsale. Masa tu gua masih belum cekap dengan market dan prospek di area mainland Pulau Pinang. Seberang Jaya, Perai, Bukit Mertajam, Bandar Perda lagi la gua xtawu. Gua tawu Juru je sebab kat situ selalu jam. Lagi pulak gua pernah eksiden kat situ. Adoi.
Listing Lelong. Setelah berwasap-wasapan, ejen ni gigih skali nak tarik gua untuk daftar lelong dibawah dia. Gua mula tunjuk ragu-ragu nak masuk bidaan unit di Bandar Perda tu, sebab gua xpasti strategic atau tidak lokasi nya. Melihat pada keraguan gua, ejen ni mula share listing unit-unit lain yang akan dilelongkan dalam masa terdekat. Satu unit yang menarik perhatian gua, reserve price cuma RM48375 ! Unit dalam kawasan pulau. Mana mungkin!
Mula Study. Gua google-google gua jumpa unit ni dalam website Alliance Bank. Di website ada tertera no contact untuk urusan lelongan. Setelah beberapa cubaan, gua berjaya menghubungi En. Fikri, staff Alliance Bank. Masa ni gua belum betul-betul konfiden nak masuk lelong-lelong nih. Jadi niat gua nak hubungi Alliance bank adalah nak tanya prosedur macam mana nak masuk, dan sudah tentunya untuk mendapatkan POS.
Perbualan. Gua pun perkenalkan diri dan bgtahu gua call untuk masuk lelongan utk unit sekian-sekian. Encik Fikri pun dah setuju nak send POS melalui email kat gua. Seterusnya gua tanya,
"Encik, macam mana nak masuk lelong ni, apa perlu saya buat ae?"
"Mmm, kamu nak masuk bersama ejen atau masuk sendiri?"
"Sendiri encik. Saja saya nak masuk nak belajar. Kalah tak pe, ilmu dapat"
"Ohh. Kalau masuk pakai ejen pun tak pe. Sebab kami yang akan bayar komisyen kepada mereka. kamu tak perlu bayar."
"Takpe encik, saya nak masuk sendiri, nak cuba tengok macam mana."
Wau, Masyuk!En Fikri pun terangkan macam mana nak masuk. Memang mudah. Cuma walk-in ke mahkamah pada hari lelongan dan masukkan sampul yang berisi bank draf ke dalam peti lelongan. Naik sikit konfiden level gua nak masuk lelongan. Daripada perbualan tadi juga, apa yang gua paham, ejen akan dibayar komisyen 1% jika klien yang mereka daftarkan memenangi lelongan. Ada seSetengah ejen yang mengenakan caj untuk teman klien daftar dan bidding. So, dari klien dapat, komisyen dari bank pun dapat! Masyuk!
Persedian sebelum lelongan. Masa ni dah hari Jumaat. Melihat detail pada POS, lelongan akan berlangsung hari Selasa depan. Tak sempat gua nak buat Land Search nampaknya. Isnin baru boleh buat. Gua buat background study tentang kawasan. Hari Jumaat gua gunakan untuk buat semakan tunggakan Indah Water dan Maintenance Fee. Tempat tu dah 4 tahun takde management office yang bertanggungjawab. Korek punya korek, jumpa juga no. contact pihak bertanggungjawab. Maintenance Fee tertunggak ada dalam RM1000, okay la tu.
Site Visit. Hari Sabtu gua pergi site visit. Kebetulan Brader Saiful yang gua jumpa di auction sebelum ni, menang unit lelong di kawasan yang sama yang gua akan bid ni. Brader Saiful ni dari Taiping. Dia nak mai Sungai Batu untuk amik gambar dan hantar kepada bank untuk evaluation. Gua cakap kat dia, tak apalah alang-alang gua nak kesana, gua tolong amik gambar skali. Jauh plak dia nak mai dari Tepeng semata-mata nak amik gambar je. Untuk pengetahuan, Brader Saiful menang unit dia reserve price, RM63000. Yang gua akan bid cuma lebih kurang RM48000 ribu sahaja. Jadi kalau dapat, sudah ada keuntungan semasa membeli.
Sekilas Pandang. Dengan kuda biru hitam gua yang setia, gua terus ride dari Sg. Ara ke Teluk Kumbar. Sampai disana, sekilas pandang ada 4 blok kat situ. Rumah brader Saiful di Blok 2. Unit yang gua nak bid di Blok 8. Blok 2 gua dah jumpa, Blok 8 gua xnampak bayang lagi. Gua park moto, terus pi cari unit Brader Saiful. Sebelum tu Brader Saiful dah pesan kat gua yang unit ni berpenghuni. Dihuni oleh seorang ibu tunggal berbangsa India.
Ibu Tunggal. Gua perkenalkan diri gua kat Aunty tu. Dah lupa dah gua apa nama dia. Suami baru meninggal 2 bulan. Bekerja sebagai cleaner di sekolah berhampiran. Anak 2 orang, lelaki. Masih bersekolah. Sorang darjah 6 sorang lagi darjah 4 kalau gua tak silap. Sambil tangkap-tangkap gambar, gua banyak bersembang dengan Aunty tu. Banyak jugak yang dia luahkan. Katanya rumah tu dia jaga dengan baik. Banyak duit dia keluarkan sendiri untuk buat wiring dan piping. Tuan rumah tak pernah kesah pun. Tapi tiap-tiap bulan kutip duit sewa. Masa rumah dah kena lelong pun kutip lagi. Ish! Katanya bila dia susah, adik beradik tak tolong pun, yang tolong jiran-jiran dan kawan-kawan di sekolah tempat dia bekerja.
Sayu Hati. Walau lain bangsa sekalipun, susah hati gua tengok orang susah. Kita tolong lah apa yang termampu. Aunty ni pun bagus. Mudah ja bagi kerjasama untuk amik gambar rumah dia. Rumah lelong ni, kalau berpenghuni, silap-silap boleh kena kejar dengan parang bila site visit. Haha. Tapi terkesan juga gua tengok kehiduoan aunty ni sekeluarga. Gua segera beredar. Gua fikir apa gua boleh buat. Ingat nak beli KFC, bagi anak-anak aunty tu merasa makan. Yela kita dah biasa KFC pun xpandang dah skang, kalau anak-anak aunty tu yang dapat mesti dorang suka gila.
Pengajaran Site Visit Rumah Lelong |
KFC jauh. KFC pulak jauh. Gua pun fikir kalau KFC sekali makan ja dah habis. Gua turun bawah cari mini market. Beras, telur, sardin dan gula gua beli. Setel cari barang suma, gua naik semula ke rumah Aunty tu dan serahkan kat dia. Aunty pun nampak ada ceria sikit. Gua ni sentimetal sikit. Lama-lama duk situ nanti boleh teriak,. Haha. Gua lepas hantar barang, gua cepat-cepat nak beredar. Satu ayat padu dari Aunty tu yang gua ingat sampai sekarang.
"Tak apa adik. Tak ada sapa tolong tak apa. Kita buat baik, tuhan tolong sama kita"
Padu. Orang Hindu ingat tuhan. Kita macam mana? Dari case study ni memang banyak benda gua belajar. Saja la gua kongsi cerita begini sulam-sulamkan dengan kisah lelong supaya mata kita jangan pandang duit sahaja. Ingat lelong, duit. Ingat rumah sewa, duit. Buka mata buka minda, banyak benda kita boleh belajar. Ni baru starting ja. Case study ni paling banyak pengajaran buat gua.
Sampai sini dulu na. Yang seterusnya kita sambung episod akan mai.
Link untuk episod-episod lepas:
EmoticonEmoticon