Monday, 31 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod14@Part2 ( Pengalaman Beli Rumah Lelong )

Tags

Bersambung..

Sambungan terus dari episod 14@part1. Selesai urusan amik gambar di rumah aunty tu gua pun beredar. Duk lama-lama nanti tisu pulak hati gua. Gua pun turun dari tingkat 4, pi cari kuda gua. Sebelum start moto, gua try send gambar-gambar tadi ke Brader Saiful. Jilopa betul, crash habeh wasap gua. ahaha. Gua pakai iPhone 4, hantar gambor banyak-banyak pun hang. Takpa la, balik rumah nanti gua send.

Menuju Blok 8. Unit yang gua nak bid ada di Blok 8. Tadi gua dah tanya dengan aunty tu direction. Dia kata hujung skali. Dari jauh gua nampak dah blok tu. Fuhh pemandangan belakang dia macam syahdu. Gua nampak biru-biru air laut. Makin dekat makin kuat deruan angin gua rasa. Gua nampak moto park banyak-banyak bawah blok. Gua pun park sama kat situ. Berdepan gua masa tu, macam satu bilik. Kelihatan sorang pakcik beruban dan berjanggut putih keluar dari situ.

Case Study Rumah Lelong
Tikam nombor. Firasat gua, management office kot ni. Sambil gua nak turun motor, ada lagi dua tiga orang keluar masuk bilik tu. Dari luar xanampak sebab cermin tinted sempoi punya. Pelik jugak gua, petang-petang hari sabtu ni bukak pulak management office. Time tu dah sekitar waktu lepas asar. Gua pun meredah masuk bilik tu. Astagha! Tempat tikam nombor rupanya. ahaha. Surprise betui ni.Pakcik tadi pun xde rupa org tikam nombor pun. Adoi.

Naik atas. Unit tu kat tingkat 4. Jadi nak kena naik tangga. Masa naik tangga tu gua boleh nampak laut betul-betul belakang blok ni. Wah, syok la orang duk sini. Stress2, turun rumah boleh lepak tepi laut. Keadaan blok sederhana bersih. Maklum la sebab tak ada pihak pengurusan kat blok ni. Setibanya kat tingkat 4, gua terus ke rumah tu. Pintu berkunci, tingkap pn berkunci. Dari luar kondisi macam elok. Gua try intai dari lubang kunci pintu tu, nampak sikit-sikit saja la.

Tak Mengalah. Dah sampai, tapi gua belum cukup korek info. Yang betul-betul menarik perhatian gua, blok ni betul-betul tepi laut. Yang tak menarik, management takde, jadi keadaan tak teratur. Lagi tak menarik, kat bawah blok ada satu bilik yang gua suspek kedai judi. ahaha. Untuk meneruskan investigation gua, gua tegur sorang pakcik. Pakcik ni duk kat sofa yang dia letak kat depan rumah dia. Tegah isap rokok. Baju pun tak pakai.

Korekkk. Gua pun sembang dengan pakcik ni, boleh tahan lama. Anak dia pun join skali. Antara soalan yang gua tanya:

"Rumah tu sapa duduk pakcik?"
"Tuan dia pakcik kenal ka?"
"Berapa ya pakcik sewa kat sini?"
"Pakcik sini dah duduk berapa lama?"
"Ok ke pakcik duk sini, ada apa-apa masalah tak?"
"Pakcik tahu tak keadaan dalam rumah tu macam mana?"

Soalan ni pun korang boleh pakai masa site visit. Selain tu buka mata korang, tengok kebersihan kawasan sekeliling. Tengok kepadatan tempat parking. Banyak kenderaan maksudnya demand tempat tu tinggi. Perhatikan jugak samada rumah-rumah lain kosong atau berpenghuni. Kalau banyak rumah kosong, ada kemungkinan kawasan tu bermasalah.

Hampir pasti. Memandangkan harga yang sangat murah, RM48000 kot dan yang paling menarik perhatian gua ialah lokasi blok yang betul-betul sebelah laut, hampir pasti gua nak bid unit ni. Maklumat tambahan gua dapat dari Brader Saiful, dia dah try iklankan unit dia, dan mendapat sambutan yang menggalakan. Tunggakan pun tak banyak. Hmm, last step gua nak pi buat Land Search je. Kalau Land Search cun, kompem gua masuk.

Cuti half-day. Hari isnin dah. Hari lelong hari selasa esok nya. Gua amik cuti separuh hari untuk pergi buat land search. Unit tu bawah pejabat tanah daerah barat daya, pulau pinang. Jadi gua kena tunggang kuda gua ke balik pulau untuk buat land search ni. Sebelum pi, gua dah kol siap-siap pejabat tanah tanya apa yang perlu dibawak dan betul ke gua ke cawangan pejabat tanah yang betul. Dia cakap bawak duit RM30. Gua belagak sikit, gua bawak RM50. haha.

Di Pejabat Tanah. Gua tak pernah pergi mana-mana pejabat tanah pun. Dan ini first time gua buat Land Search ni.Tak lama tunggu giliran, gua pun bagitahu maklumat yang ada. Gua dah standby POS bersama gua, bila gua tak tahu gua bagi je POS tu kat staff pejabat tanah tu. Land Search akan ada dua option, satu RM30 satu lagi RM60 kalau gua tak silap. Yang RM60 tu lagi official, ada pegawai akan turunkan tandatangan. Buat yang RM30 cukup. Even, kalau lawyer nak buat Land Search untuk urusan pembelian rumah korang nanti pun dia akan buat yang RM30 tu je.

Tebal nya report. Siap dia print, dia bagi kat gua kertas macam report tu. Boleh tahan tebal. Gua tengok pun blur. Pastu dorang offer kalau tak faham akan ada pegawai dia tolong terangkan. 2 maklumat yang korang perlu korek dari Land Search ni, adalah status geran. Strata title atau master title. Strata title dah sempurna ke belum. Yang kedua ada kaveat ke tak. Hmm ada kalau ada kaveat better jgn pergi bid. Ataupun korang boleh try tanya yang lebih pakar macam mana nak handle kaveat tu. Selesai urusan kat pejabat tanah. Gua pecut pergi CIMB, buat bank draf. Sekejap je buat bank draf ni.

Masuk office. Sampai office ngam-ngam dalam waktu lunch hour. Jadi ada masa gua untuk lelap sekejap. Lepas bangun, gua check balik suma step yang gua dah buat. Pastu buat kira-kira sikit agak-agak bayaran bulanan berapa, dan berapa limit untuk bidaan gua. Gua bajet last bid dalam RM60000 gitu. Lokasi dia tepi laut tu masih lagi memukau gua. Haha.

Case Study Rumah Lelong
Kena gangguan. Untuk pengetahuan korang, semenjak dari gua mula tau unit tu nak dilelongkan sampai la Isnin tu, gua kena gangguan. Makhluk apa yang ganggu? Ejen tu la. Tiap-tiap hari kol gua. Sabtu Ahad pun kol. Wasap kol pun dia buat. Mobile kol pun dia buat. ahaha. Rimas betul. Isnin petang tu dia wasap gua tanya nak masuk atau tak. Setelah berbalas-balas wasap, gua pun setuju aje la dia nak daftar gua bawah dia. Malas gua nak melayan. Lagipun gua pikir gua tak kena bayar, bank yang bayar dia. Gua pun kesian ngan dia tiap-tiap kol gua, gigih betul. Keputusan gua untuk biarkan dia daftar gua bawah dia akan buat gua menyesal di hari lelongan nanti. Nak tahu kenapa? bersambung episod akan datang.

Sampai sini dulu na..

Link untuk episod-episod lain:


EmoticonEmoticon