Tuesday, 11 July 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 8( Semakan Tunggakan Rumah Lelong )

Tags

Cara Semakan Tunggakan Bil Rumah Lelong
Semakin lengkap panduan pembelian rumah lelong kita ni. Doakan gua istiqamah untuk terus menulis berkongsikan pengalaman dalam cara-cara pembelian rumah lelong. Intipati episod kali ni tidak kurang penting nya. Isi yang akan kita bincangkan harini jugak akan jadi menjadi salah satu faktor dalam membuat keputusan untuk meneruskan minat kita dalam rumah yang kita berkenan. Dari episod 7 sebelum ni (site visit), kita dah dapat shortlist rumah yang kita berkenan. Episod kali ni, gua akan share tentang semakan tunggakan untuk rumah lelong.

Adat rumah lelong, mesti ada tunggakan. Haha. kalau takde, tak la kena lelong kan. Rajin pulak tuan dia nak bayar maintenance fee, bil air, bil elektrik dan lain-lain bil, tapi ansuran rumah tak bayar. Bijaksana sungguh.

Jangan lupa semak bil-bil ini!
1. Cukai pintu (assessment fee)
2. Cukai tanah (quit rent)
3. Maintenance fee (flat/apartment/kondo)
4. Bil air
5. Bil elektrik
6. Bil Indah Water

Bukan semua bil akan ditanggung oleh pembeli yang berjaya memenangi bidaan rumah lelong tu nanti. Sebahagian nya akan ditanggung oleh bank yang melelongkan rumah berkenaan. Kebiasaannya tunggakan cukai pintu dan cukai Tanah akan ditanggung oleh bank pelelong. Bil-bil lain ikot budi bicara bank pelelong. Cara untuk memastikan siapa tanggung tunggakan adalah melalui COS.

Macam mana mau tau? Rujuk balik COS (condition of sales). HAH? Apa tu condition of sales? gua dah bincang dalam episod 6. Dalam condition of sales ni CONFIRM ada klausa (kenyataan) tentang tunggakan ni.
Contoh:
Rujuk Klausa 19(i). Bank Pelelong hanya akan membayar tunggakan kepada Pihak Berkuasa Negeri(cukai tanah dan cukai pintu)

Merujuk kepada snapshot satu, apa yang cuba disampaikan ialah plaintif (bank pelelong) akan membayar bayaran tunggakan yang melibatkan pihak berkuasa negeri (cukai pintu dan cukai tanah). Ini secara tak langsung bermaksud kita perlu membayar bil-bil maintenance, api, air dan indah water. Ada jugak bank yang menanggung bil-bil ni, sumanya bergantung kepada klausa yang telah dinyatakan dalam COS. Jadi jangan lupa baca dan fahamkan COS sebelum kita memasuki dewan lelong okay.

Hmm dah tahu bil apa yang kita tanggung, macam mana pulak nak check jumlah tunggakan nya?
Ni gua share menurut pengalaman gua:

Cara buat semakan Maintenance Fee
Gua mulakan dengan maintenance fee ni, sebab maintenance fee ni kadang-kadang angka nya menangkutkan. Belas-belas ribu pun boleh jadi. haha. Check jangan tak check wei. Tak check cheroi la hangpa. Nak check tunggakan maintenance fee, korang perlu ke management office. Cakap la korang nak masuk lelong untuk unit no berapa, minta dorang tolong buat semakan. Jangan risau selalunya dorang akan bagi kerjasama.

Masalah timbul kadang-kadang adalah waktu operasi maintenance office ni sama dengan waktu pejabat. Kita balik kerja dorang pun dah katup office. Tips yang gua boleh bagi, try pegi waktu sabtu pagi, kadang-kadang dorang akan buka halfday. Kalau tak dapat juga, try sedaya upaya dapatkan no contact management office. Bila waktu weekdays cuba call untuk Tanya dorang. Gua prefer bersemuka dengan dorang, sebab selain dari Tanya tunggakan, dapat sembang-sembang untung-untung banyak lagi info yang kita boleh dapat.

Cara buat semakan tunggakan bil Indah Water
Untuk Bil Indah Water mudah je. Google no. hotline Indah Water berdekatan. Call dan bagitahu alamat dan dorang akan tolong buat semakan untuk korang. Bil Indah Water ni selalunya yang tuan rumah paling balok nak bayaq. So kalau korang beli rumah subsale pun, pastikan korang Tanya tuan rumah tentang ni atau buat semakan sendiri.

Cara buat semakan tunggakan bil air dan elektrik
Sejujurnya gua tak pernah cek dulu dua bil ni, sebab setahu gua kita tak perlu tanggung tunggakan tuan rumah yang lama. Yang perlu dilakukan adalah potong/pasang meter baru dengan nama kita sendiri. Ini gua akan kongsikan dalam fasa selepas menang lelongan nanti. Gua terkena jugak dulu, tunggakan air (PBA) gua kena tanggung. Nasib tak banyak. Haha. Mungkin bergantung kepada authority yang jaga bekalan air di negeri masing-masing. TNB tak perlu bayar, ikut pengalaman gua le. Kalau korang nak check jugak, untuk PBA, korang boleh call hotline dan berikan alamat rumah. Dirang akan bantu buat semakan tunggakan untuk korang nanti.

Cara buat semakan tunggakan cukai pintu (assessment fee)
Gua letak yang ni belakang-belakang sikit, sebab hampir pasti cukai pintu dan cukai Tanah ni akan dicover oleh pihak bank pelelong. Untuk pengetahuan, nak buat semakan cukai pintu, boleh ke majlis perbandaran yang berkenaan. Ikot hartanah lelong tu dalam daerah mana. Jangan rumah kat Penang korang pergi buat semakan kat majlis perbandaran bantang berjuntai pulak. haha Bagi alamat, nak selamat lagi bawak POS dan COS bersama korang, terangkan niat korang kat mereka yang berada dikaunter tu.

Cara buat semakan tunggakan cukai tanah (quit rent)
Untuk cukai Tanah, bagi rumah-rumah flat/apartment/kondo, cukai Tanah adalah terkandung dalam maintenance fee skali. Maintenance fee kebiasaanya mengandungi bil penyelenggaran, insurans kebakaran dan cukai Tanah.

Ingat paling penting check tunggakan maintenance fee, dan bil indah water. Dah siap buat semakan nanti, kita boleh buat kira-kira. Yeay! matematik sikit haha

Link untuk episod-episod lain:





EmoticonEmoticon