Tuesday, 1 August 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod14@Part3 ( Pengalaman Beli Rumah Lelong )

Tags

Bersambung

Sambungan terus daripada episod14@part2. Gua decide untuk biarkan ejen tersebut mendaftarkan gua bawah dia. Dan kami bercadang untuk jumpa diluar mahkamah sebelum lelongan pada keesokkan hari nya. Dah nak jumpa, gua pun nak save contact number dia. Nak save xtahu apa nama pulak. Jadi gua tanya.

"Ehh, nama you apa?"
"Ini itu aunty tua la..sudah lupa ka?"

Aunty mana pulak ni

"Anne L**. Dulu auction punya kita ada jumpa"

Ow man. Ini la ejen yang jadi ulat dalam auction yang gua pernah pergi dulu. Gua ada cerita pasal sorang aunty cina tua yang memainkan watak ulat dalam episod 13. Ini la orang nya.

All Black. Macam mana dia boleh ingat gua? Tengok gambar wasap gua der. Kalau mana yang kenal gua, taw la gua ada satu baju all black yang gua slalu pakai. Auction haritu gua pakai jugak baju all black tu. ahaha. gambar wasap gua pn sama dengan baju all black juga. Mmm, malang sungguh sangkut jugak dengan ulat ni. Lantak la, bukan gua nak kena bayar pun, fikir gua mula-mula. Gua bakal menyesal ni.

Suai Kenal Pelelong. Hari isnin tu jugak gua ada call pelelong. No contact dan nama pelelong gua dapatkan daripada POS. Pelelong tu berbangsa Melayu. Kalau tak silap, nama dia Wan Darimi. Untuk double-confrim, gua call dia tanya lagi skali macam mana prosedur nak masuk lelongan ni. Yang kedua, gua cuba korek daripada dia berapa yang masuk bidding ni untuk unit ni. Dia sendiri tak pasti. Cuma dia kata ada seorang ejen lelaki berbangsa melayu ada call dia tanya-tanya pasal unit tu.

Semasa Lelongan

Pergi Mahkamah. Hari lelongan dah tiba. Hari yang ditunggu-tunggu. Kalau auction yang sebelum ni gua cuma hadir sebagai pemerhati, harini gua datang sebagai seorang pembida. So officially ni auction yang pertama gua akan join. Cuak-cuak jugak. Beberapa kali gua check bank draf gua. Dah konfiden tak ada apa yang tinggal, gua pun ride kuda gua pergi ke mahkamah tinggi penang. Mahkamah tinggi Penang terletak di Lebuh Light, Georgetown , Pulau Pinang. Gua kena sampai sebelum 9.30 pagi, kalau lambat pendaftaran gua kan ditolak. 8.30 gua dah gerak.

Lelong di Mahkamah
Tiba di Mahkamah. Besa la Penang, pagi-pagi ada jam sikit orang nak pergi keja. Gua pun belum familiar dengan route nak ke mahkamah tu. Pukul 9.00 pagi gua sampai. First time jugak gua sampai mahkamah ni. Mana nak cari bilik lelong nya tak taw. Gua tanya ja staff-staff mahkamah yang kat situ. Folo direction yang dorang bagi, jumpa la bilik tu. Sambil jalan gua check phone gua, ada banyak miss call dari ejen tu. Kalut betui dia haha

Jumpa dah ejen nya. Dah nak sampai dewan lelongan, dari jauh gua dah nampak aunty tu kat depan bilik lelong tu. Dia pakai baju sama macam haritu, kaler merah. Nampak gaya dia memang tgh tunggu gua. Memang xboleh nak larikk. Sampai ja gua depan dewan lelongan tu, dia buat kalut tanya gua mana gua punya bank draf. Bank draf gua dah bubuh dalam sampul. Cuma sampul tu gua belum seal. Takot kalau ada apa-apa silap boleh la gua betulkan. Gua bawak kluar  sampul tu. Masa gua nak seal, this aunty kalut terus amik sampul tu dari tangan gua dan letak dalam peti lelongan. Jilopa betul. Bikin panas je.

Cara daftar. Jadi itulah betapa mudahnya nak daftar untuk lelongan di mahkamah ni. Untuk daftar lelongan di mahkamah kita perlu:

1. Buat Bank Draf kat bank. Value tepat seperti reserve price. Dan nama penerima pastikan betul macam yang dalam POS. Kebiasaannya penerima adalah bank yang melelongkan hartanah tersebut. Dalam kes gua, Alliance Bank.

2. Tulis detail seperti nama, no ic, alamat, dan no kes pelaksanaan di belakang bank draf tersebut. No kes pelaksanaan boleh dapat dari POS. Yang lain-lain tu  macam nama takkan xtaw nak dapat dari mana.

3. Masukkan bank draf tadi kedalam sampul berukuran saiz sampul surat standard.


4. Hadirkan diri ke mahkamah sebelum masa yang ditetapkan dalam POS. Drop sampul berisi dengan bank draf tadi kedalam peti lelong yang berhampiran dewan lelong.

Senang kan. Kalau kerja mudah camni kita kena pow dengan ejen, jangan salahkan ejen sebab kita kena bayar cukai kebodohan kita sendiri. Gua bengang jugak dengan aunty tu, sebab dia berdiri betul-betul depan peti lelong tu. Macam tak nak bagi gua masukkan sampul sendiri. Ini baru permulaan yang dia mula buat gua bengang dan buat gua menyesal. Apa yang terjadi lepas tu memang buat gua nyesal  betul. Apa yang jadi? nanti gua share dalam episod akan datang. Sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lain:


EmoticonEmoticon