Saturday 5 August 2017

Celik Saham - Episod 1( Pengenalan kepada Saham )

Tags

Pengenalan kepada Saham

Alhamdulillah, banyak sebenarnya pilihan instrumen untuk kita buat pelaburan. Selain daripada pelaburan hartanah iaitu satu opsyen pelaburan yang begitu popular, kita juga mempunyai peluang untuk melabur menggunakan instrumen saham. Sengaja saya gunakan Celik Saham sebagai topik untuk perkongsian saham kita, kerana sebenarnya masih ramai, termasuk saya sendiri yang tidak sedar akan potensi pelaburan saham, ataupun kerana kurangnya pendedahan, kita tak konfiden untuk memulakan langkah dalam bidang saham ni.
Kredit: Facebook Hj Mohd Asri

Apa itu Saham?
Orang putih kata stocks. Jadi kalau nampak buku-buku kat Popular yang bertajuk stocks tu, buku tu merujuk tentang saham. Mesti pernah dengar kan, orang cakap jika kita memiliki saham, kita juga memiliki hak dalam perniagaan tersebut. Hak yang macam mana? Adakah dengan memiliki saham kita boleh pecat dan hire pekerja? Adakah dengan memiliki saham kita dengan suka hati pergi ke pejabat syarikat tersebut dan duduk melepak dalam bilik CEO? Konsep-konsep ini yang saya akan cuba jelaskan dalam artikel-artikel Celik Saham ni.

Sedar atau tidak, saham sebenarnya sangat dekat dengan kita. Walaupun kita mungkin bukan seorang pelabur saham, secara tidak langsung kita menyumbang kepada pemilikan saham dengan penglibatan kita dalam unit amanah seperti ASB, Tabung Haji, dan paling tidak pun, KWSP. 

Pasaran Saham secara Umum

Pasaran Saham, kalau di Malaysia ni Bursa Malaysia dipengaruhi oleh dua konsep yang berbeza. Secara mudah, ada dua konsep utama yang membuatkan harga saham itu turun naik setiap hari ada dua, iaitu pelaburan dan spekulasi. 

Pelaburan dalam saham umpama menyerahkan wang anda kepada syarikat yang menjadi pilihan anda, dengan harapan mereka akan berjaya menggunakan modal tersebut untuk mengembangkan perniagaan mereka. Contoh perkembangan adalah seperti pembukaan kilang baru yang akan meningkatkan production produk-produk mereka, dan R&D untuk menjalankan idea-idea business baru. Pulangan daripada kejayaan atau kegagalan mereka merealisasi kan pengembangan perniagaan mereka ni akan dikongsi bersama anda yang telah menyumbang sebahagian dana sebagai modal untuk mereka tadi. 

Jadi untuk melabur dalam saham, kita perlu mengenal syarikat yang kita pilih, untuk mengurangkan risiko terpilih syarikat yang tidak berjaya mengembangkan perniagaan mereka, dan lebih teruk lagi, mengalami kerugian. Kenali backgound syarikat-syarikat ini melalui penyata kewangan tahunan mereka, kecekapan pengurusan mereka, sektor yang mereka ceburi dan banyak lagi aspek lain.

Spekulasi pula ialah penglibatan dalam saham tanpa mengambil kira asas-asas syarikat tersebut seperti penyata kewangan dan lain-lain yang telah kita sebutkan tadi. Spekulasi lebih memberi fokus kepada pergerakan wang semata-mata. Turun naik carta, pattern carta dan lain-lain. Spekulasi lebih fokus kearah pelaburan jangka pendek dan dengan matlamat memperolehi keuntungan secara lebih mudah dan pantas. Tak perlu pening-pening buat fundamental analisis tentang sesuatu syarikat, cuma perlu lebih alert dengan keadaan semasa dan pergerakan wang yang boleh diinterpretasi dari carta saham. 

Baiknya pengaruh spekulasi ialah ia menyumbang kepada liquidity pasaran saham. Buruknya ialah liquidity tu juga membawa kesan kepada volatility yang tinggi kepada pasaran saham. Volatility pasaran saham ni yang menjadi kebimbangan pelabur-pelabur saham.

Nota Editor

Perkongsian Celik Saham akan dibuat secara detail melalui pembacaan dan pengalaman sendiri melabur di bursa saham malaysia. Perkongsian Celik Saham ni akan terbahagi kepada tiga fasa, yang pertama asas saham, yang kedua asas pasaran saham (bursa malaysia) dan yang ketiga analisis dan teknik yang diperolehi dari pengalaman sendiri semasa melabur dalam bursa saham malaysia. Adapun ketika menulis episod 1, saya belum cukup pengalaman unutuk berkongsi fasa ketiga. Saya akan cuba sambil belajar dan berkongsi apa yang saya dapat saya pelajari dengan anda. Perkongsian ini lebih menumpukan kepada beginner, terutamanya rakan-rakan saya sendiri bertujuan untuk membuka minda masyarakat tentang potensi pasaran saham. Jika ada dikalangan pembaca, yang mempunyai kepakaran dalam bidang saham, adalah amat digalakkan untuk berkongsi pandangan anda dan memberi nasihat sekiranya terdapat kesilapan fakta dalam perkongsian saya. Sama-sama kita belajar dan cuba membantu pembangunan minda masyarakat dengan perkongsian ilmu secara ikhlas.

Link untuk episod-episod lain:
Celik Saham



EmoticonEmoticon