Thursday, 3 August 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod 15@Part1( Pengalaman Beli Rumah Lelong )

Tags

Akhirnya kita boleh move on. Setelah melalui Episod 14 yang panjang sekarang kita di Episod 15. Banyak benda yang kita sama-sama belajar dalam Episod 14. Sapa tak baca rugi. Episod 15 pula adalah episod last sebelum kita memasuki fasa selepas lelongan. Fasa selepas lelongan merangkumi topik-topik mengenai Housing Loan, Urusan Lawyer, Pembaikian Rumah dan Penyediaan Rumah untuk Penyewaan.

Yang tu hat dalam episod akan datang. Yang Episod 15 ni untuk berkongsi tentang satu lagi case study pengalaman gua sendiri memasuki lelongan. Kalau case-case study sebelum ni, gua kecundang dalam pembidaan, case study ketiga adalah untuk contoh dimana gua berjaya memenangi lelongan. Rezeki la chor. 3 kali try baru dapat.

Case Study 3 - Permatang Pauh

Sebelum Lelongan

Site Visit. Ohh untuk case study ketiga ni gua terus bermula dengan site visit. Sebabnya selepas gua kecundang dalam auction yang lepas, gua dah buat satu draft list rumah-rumah yang berpotensi untuk gua bida. Kesemua rumah ni berada di area mainland Pulau Pinang. Gua pula duk dikawasan island.

Benefit. Sebelum gua aktif buat survey rumah untuk dilelong ni, gua memang tak cekap sangat dengan kawasan mainland Pulau Pinang. Alhamdulillah, salah satu benefit yang gua dapat dari aktiviti rumah lelong ni dapat la gua mengenali kawasan setempat dengan lebih cekap. Dan rezeki juga sebab kawasan mainland Pulau Pinang ni, kalau kena dengan cara, adalah lubuk yang baik untuk pelaburan hartanah.

Banyak unit. Dalam list tu ada banyak unit. Gua rasa ada dekat 20 unit jugak. Saja gua listkan banyak-banyak sebab gua dah bajet untuk sepend satu hari untuk buat site visit di kawasan mainland Pulau Pinang ni. Majoriti daripada 20 unit tu terletak di Perai, iaitu di Flat Perai Jaya. Kalau kta rewind balik gua ada cerita pasal tempat ni dalam episod 7. Scary gila tempat ni. Luckily, gua pi site visit dulu. Harga murah dalam lingkungan belasan ribu pun ada. Rupa-rupanya ada sebab kenapa macam tu.

Pusing lagi. Bersama moto gua, mudah untuk gua pusing-pusing. Ada beberapa tempat yang gua pergi seperti kawsan Pauh Indah yang berhadapan dengan Politeknik Pulau Pinang. Lain-lain seperti Kondo Mutiara dan Apartment Permata. Pauh Indah pun penangan dia dashat jugak. Rumah harga RM18000 ja. Bila sampai, gua tengok bumbung pun tak da. haha. Kondo Mutiara gua tak suggest sapa-sapa pi beli. Banyak betul unit kosong walaupun ada view sawah padi. Dalam blok pun agak gelap. Gua pun xtahu kenapa tempat ni tak mendapat demand yang tinggi. Apartment Permata nice. Highly populated. Tapi ada sekatan kerajaan negeri pulak.

Tinggal hat ni. Tinggal la lagi satu unit ni. Nama tempat ni tak famous sangat pun, jadi mula-mula memang tak menarik minat gua. Tapi bila dah sampai baru gua tau yang dia ada daya tarikan dia sendiri. Unit ni betul-betul sebelah UITM Pulau Pinang. Wuu, market dah ada. Jadi kena buat investigation lebih lanjut untuk korek beberapa info lain. Sampai depan unit ni, pintu berkunci. Tapi bahagian depan ada tingkap yang boleh bukak. Gua duk skodeng tengok dalam keadaan rumah okey, cuma nampak macam dah lama tak berpenghuni.

Lokasi Rumah Lelong yang Menarik
Buat ramah. Macam biasa taktik gua ialah buat ramah dengan jiran-jiran kawasan tu. Bagi gua ni cara mudah untuk kita mengenali kawasan setempat tu. Unit ni di tingkat satu walk-up flat lima tingkat, dan betul-betul depan tangga. Jadi bila ada satu kakak ni naik tangga gua terus tegur. Selamba kan? Haha. Niat kita baik tak pa la. Klau dia layan Alhamdulillah, kalau tak cuba lagi. Alhamdulillah kakak ni sudi layan gua.

Sembang lama. Rezeki gua kebanyakan orang yang gua temu bual waktu site visit ni ramah ramah. Lama jugak gua sembang dengan kakak ni. Gua bagitahu niat gua nak masuk lelong, jadi gua datang untuk check keadaan rumah dan kawasan setempat. Gua try minta no pengurusan kalau kakak ni ada. Dia da no pengerusi badan pengurusan tempat ni tapi hat lama punya la. Kakak ni siap bagitahu kalau menang nanti, bagitahu dia. Dia nak bagi anak dia sewa. Wuu, baru site visit dah ada penyewa dah. haha.

Makcik rupanya. Rupa-rupanya kakak ni level-level makcik dah. Umur 55 dah. Nampak muda, naik tangga pun masih steady. Dia duk tingkat 4. Katanya senang sikit kalau anak dia duk dekat. Lagipun rumah sewa yang anak dia duduk sekarang sewanya agak mahal. Gua suggest anak dia masuk bid skali dengan gua, katanya anak dia takdak duit pulak.

Persediaan lain. Jadi step-step sebelum lelongan gua dah share dengan korang kan sebelum ni. Site visit gua dah buat. POS gua dah dapat. POS ada ditampal kat pintu unit ni. Yang gua belum buat adalah buat semakan tunggakan. Dari pengalaman yang gua dapat dari auction-auction sebelum ni, dapat mudahkan urusan gua. Gua tak panik sangat. Gua check tunggakan bil Indah Water. Ada lebih kurang RM500. Memandangkan ni title auction atau lelongan mahkamah, bil elektrik, bil air, tunggakan cukai pintu gua tak check pun. Sebabnya tunggakan-tunggakan ni akan ditanggung oleh pihak bank seperti yang dinyatakan dalam POS/COS.

Maintenance Fee. Yang jadi masalah sikit untuk gua cuma nak semak tunggakan maintenance fee. Susah sikit sebab gua tak dapat no contact untuk management office dia. Habis takdak jalan, gua random-random search je kat google, Alahamdulillah jumpa. haha. Tambah satu masalah lain, maintenance fee tertunggak sebanyak RM3000.Fuh, peluh ketiak bila dengar. Setelah buat sedikit perkiraan, gua pun set bid limit gua.

Kesimpulan yang gua boleh buat, no satu ialah pentingnya site visit. Ada unit nampak macam tak menarik dalam list, tapi bila kita buat site visit akan nampak potensi dia. Ada jugak sebaliknya. Jadi site visit ni memang penting. Yang kedua, korek sebanyak info yang boleh semasa site visit. Dan enjoy la site visit tu dapat jugak tengok-tengok tempat baru secara lebih dekat. Langkah-langkah sebelum lelongan yang lain suma atas kertas ja, site visit ni la seronok sikit dapat buat aktiviti luar. Dan jangan lupa buat semakan tunggakan. Jangan terus buat konklusion dari jumlah tunggakan, sebaiknya buat perkiraan ROI dan set bid limit untuk buat keputusan sama ada rasional atau tidak tindakan yang kita akan ambil.

Part2 nanti kita shar semasa lelongan pula untuk unit ni ya. Sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lain:


EmoticonEmoticon