Sunday 6 August 2017

Celik Saham - Episod 2( Apa itu Saham )

Tags

Memahami Saham

Kebiasaanya yang selalu kita dengar tentang saham, saham ialah pemilikan perniagaan atau pemilikan syarikat. Lagi banyak jumlah saham sesuatu syarikat yang kita ada, lagi tinggi pemilikan kita dalam syarikat tu. Dengan memiliki saham, kita juga memiliki asset dan pendapatan syarikat tersebut. Contoh bila beli saham KFC, bila nampak KFC, kita rasa mcm KFC tu kita yang punya.

Adapun kenyataan ni ada benar nya, tapi agak kurang tepat.

Penjelasan tentang Saham

Pemegang saham bukan lah pemilik syarikat. Pemegang saham hanya memiliki share dalam keuntungan syarikat. Satu-satu syarikat mempunyai asset seperti bangunan, kerusi, meja, kenderaan dan lain-lain. Memiliki saham tidak bermakna kita memiliki asset-asset tersebut. Tak bermakna kita boleh pergi ke syarikat tersebut dan bawa pulang kenderaan syarikat lalu claim kata kenderaan itu kita yang punya sebab kita ada saham dalam syarikat.

Asset syarikat adalah asset syarikat, dan asset pemegang saham adalah asset pemegang saham. Yang dimiliki oleh pemegang saham adalah portion dari keuntungan syarikat mengikut jumlah saham yang kita miliki. Ada hikmahnya macam ni, kerana sekiranya syarikat bankrupt, asset syarikat perlu dijual tapi bukan asset pemilik saham. Saham kita juga tidak boleh paksa untuk dijual sekiranya syarikat itu bankrupt, tapi sudah tentu nilai saham syarikat yang bankrupt akan merudum jatuh. 

Kebaikan Saham

Jadi apa benefit yang kita dapat dari pemilikan saham sekiranya kita tak mempunyai hak dalam pemilikan asset syarikat? Yang paling ketara ialah dengan memiliki saham syarikat kita boleh jual hak saham kita kepada orang lain. Ini adalah main purpose pelaburan saham. Selain itu kita juga berhak mendapat dividen dari keuntungan syarikat. Cuma tak semua syarikat menawarkan dividen untuk pemilik saham mereka. Tambahan lagi, sekiranya kita memiliki jumlah saham yang cukup besar, kita juga berkuasa dalam memilih board of directors syarikat tersebut. 

Ini yang berlaku apabila mana-mana syarikat membeli syarikat lain. Yang dibelinya adalah majoriti pegangan saham syarikat tersebut bukannya bangunan atau asset -asset syarikat. Dengan menguasai majoriti saham syarikat yang dibeli, syarikat yang membeli berkuasa melantik board of directors yang baru, yang mana board of directors ni yang akan menentukan halatuju syarikat dan melantik orang-orang berpengaruh dalam syarikat. Contoh mudah di Malaysia ni adalah pemilikan Proton oleh Geely.

Syarikat mengeluarkan saham untuk mendapatkan dana untuk funding projek-projek baru mereka. Dengan megeluarkan saham, syarikat mengurangkan kebergantungan mereka kepada sumber lain seperti pinjaman bank dan sebagainya. Selain daripada mendapatkan dana dari saham, syarikat juga boleh mengeluarkan bond. Dengan konsep hampir serupa dengan saham, bond pula berbentuk pinjaman pemegang bond kepada syarikat.

Apa itu Saham Ya??
Degan meengeluarkan bond, syarikat tertakluk untuk membayar interest kepada pemilik bond dan juga tertakluk untuk membayar semula hutang bond tadi kepada pemilik bond. Pemilik bond memiliki legal rights yang lebih tinggi dari pemilik saham. Bond dan saham kedua-duanya di laburkan di bursa saham. Bond yang patuh syariah di bursa saham malaysia dikenali sebagai Sukuk, atau Islamic Bond. Bursa Saham bukan jual saham je, ada instrumen patuh syariah yang lain seperti bond(sukuk), waran, structured waran (tak patuh syariah), ETF dan REITS

Link untuk episod-episod lain:
Celik Saham



EmoticonEmoticon