Sunday 6 August 2017

Celik Saham - Episod 3( Jenis-jenis Saham)

Tags

Syarikat Persendirian ( Private Companies )

Pada permulaan sesuatu syarikat, kebiasannya pemegang saham adalah terdiri daripada pengasas syarikat, dan pelabur, iaitu pihak yang menyuntik dana untuk modal awal syarikat tersebut. Contoh sebuah startup company yang mempunyai seorang pengasas dan 3 orang pelabur, pemilikan saham atau perkongsian perolehan daripada keuntungan syarikat akan dikongsi bersama oleh 4 orang individu ni.

Semakin maju syarikat ini, semakin tinggi keperluan syarikat ini untuk dana yang lebih besar. Salah satu jalan ialah dengan mengundang lebih ramai pelabur untuk menyuntik dana untuk dijadikan modal syarikat. Kesannya, pemilikan saham atau perkongsian perolehan daripada keuntungan syarikat pelabur-pelabur awal (yang 4 orang tadi) akan berkurang dari segi peratusan kerana kini pelabur-pelabur baru juga mempunyai hak atas keuntungan syarikat tersebut.

Dalam fasa ini, syarikat dan saham adalah berstatus persendirian. Dalam kebanyakan keadaan, saham syarikat persendirian sukar untuk ditukar milik dan jumlah pemilik saham syarikat persendirian adalah kecil.

Syarikat Milikan Awam (Public Companies )

Syarikat ini semakin maju. Dan syarikat ni memerlukan modal degan kapasiti yang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan mereka. Pada masa yang sama, pelabur-pelabur awal dalam syarikat ini ingin menterjemahkan pemilikan saham mereka dalam syarikat kepada keuntungan, menerusi jualan hakmilim saham mereka. Pada fasa ini, syarikat persendirian tadi boleh mempertimbangkan untuk menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Saham melalui Initial Public Offering (IPO), sekaligus menukar status syarikat mereka daripada persediriran kepada syarikat milikan awam.

Saham yang boleh dikeluarkan oleh public companies ini pula terbahagi kepada dua, iaitu Saham Biasa ( Common Stocks) dan Saham Keutamaan (Preferred Stocks).

Common Stocks ( Saham Biasa ) vs Preferred Stocks (Saham Keutamaan )
Saham Biasa ( Common Stocks )

Selalu bila orang bercerita tentang saham, ianya merujuk kepada Saham Biasa atau Common Stocks. Saham biasa mewakili kepentingan keatas keuntungan syarikat dan hak untuk mengundi board of directors sesebuah syarikat. Seperti mana yang telah dikongsikan dalam episod lalu, board of directors mempunyai pengaruh besar dalam menentukan arah tuju syarikat.

Untuk jangka masa panjang, pelaburan dalam common stocks mempunyai potensi keuntungan yang lebih tinggi daripada bond. Cuma risiko untuk Saham Biasa ini lebih tinggi sekiranya syarikat yang dipilih bankrupt atau delisted daripada pasaran saham. Kesannya kita boleh kehilangan semua pelaburan kita dalam syarikat tersebut. Selain itu pemegang saham biasa juga mempunyai priority paling rendah sekiranya syarikat tersebut bankrup. Pemberi Pinjaman, Pemegang Bond, dan Pemegang Preferred Stocks akan dibayar terlebih dahulu dan dengan baki yang tinggal (jika ada), barula pemegang saham biasa akan menerima semula pelaburan mereka.

Preferred Stocks ( Saham Keutamaan )

Preferred Stocks adalah lebih mirip kepada Bond, jika diambil kira dari sudut pulangan. Ini kerana preferred stocks ni menjanjikan pulangan pada kadar yang tetap. Ini perbezaan yang utama antara Common Stocks dan Preferred Stocks. Common Stocks tidak dijanjikan pulangan dan terdedah kepada risiko kadar pulangan yang tidak menentu (jika ada pulangan).

Pemegang preferred stocks juga mempunyai priority lebih tinggi daripada pemegang common stocks. Selain dari itu, preferred stocks boleh dibeli semula oleh syarikat pada bila-bila masa, kebiasaan nya pada harga yang premium. Boleh la disimpulkan yang preferred stocks ni hybrid diantara common stocks dan bond.

Untuk pelabur beragama Islam, penting untuk ambil tahu bahawa preferred stock adalah haram.
Fatwa ni dikeluarkan oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Eropah, dan disokong oleh kenyataan Dr Zaharuddin. Sumber : Artikel dari blog Dr. Zaharuddin

Link untuk episod-episod lain:
Celik Saham


EmoticonEmoticon