Bersambung..
Bersambung terus dari Episod 15@Part1. Dalam Episod 15@Part1 gua kongsikan langkah-langkah yang gua buat sebeleum gua memasuki lelongan untuk unit di Permatang Pauh ni. Dalam 3 kali percubaan gua didewan lelong, kali ketiga gua try untuk unit ni, dan Alhamdulillah rezeki gua menang kali ni. Alhamdulillah juga sebab menang dapat la gua kongsikan bagaimana menang di dewan lelong dengan korang. Kalau tak gua cuma boleh kongsi cerita kalah je la.
Yeah. Menang pun rumah lelong |
Hari lelongan. Lelongan ni pun jatuh hari Selasa. Kalau tak silap gua 24 haribulan Januari 2017. Haa, time menang ingat la tarikh. Lagi-lagi pula first time menang time tu, kalau dah menang banyak kali tak kesah sangat dah. Hati gua kali ni tenang. Gua dah berbekalkan experience gua dalam auction yang gua kecundang sebelum ni, yang gua dah kongsikan dalam episod 14 yang padat. Selok-belok pun gua dah tahu sikit-sikit. Dan yang paling best, aunty tua tak tahu langsung yang gua akan datang bid. Hahaha. tak boleh la dia pasang ulat dia.
Ke mahkamah. Bank Draf dah check. Sampul gua recycle je. Pakai orang bagi kad kawin punya sampul. haha. Gua malas nak pi cari. Semoga tuan punya sampul pun mendapat bahagian berkat dari hasil lelongan gua dan perkongsian kita. Amin. Macam biasa yang menemani gua adalah LC gua. Smooth sikit perjalanan sebab gua pun dah ingat sikit jalan nak ke Mahkamah Tinggi Penang, di Lebuh Light tu. Korang tak pelik ke gua asyik cuti selamba je pergi auction selalu? Gua tak amik MC pun. Masa ni gua dah resign dah. Bulan last gua kat ofis lama. Cuti banyak lagi apa lagi perabih la. Dan salah satu target gua ialah gua nak beli rumah sebiji sebelum gua masuk ofis baru. Tak kira subsale ke lelong ke. Target ni nanti hampir memakan diri gua balik nanti. Kenapa? Nanti episod lain gua kongsi.
Sampai di Mahkamah. Dewan lelong tu pun gua dah tawu kat mana. Jadi tak perlu nak bertanya direction kat orang lagi. Langkah gua pun tenang memandangkan gua dah tahu apa yang gua perlu expect bila sampai di kat tempat lelong ni. Gua expect aunty tua ni mesti dah sampai. Haha. Tepat jangkaan gua. Dah ada dah dia. Pakai baju lain tapi kaler merah jugak. Gua buat keras je terus melangkah. Aim gua nak drop sampul berisi bank draf tu ke dalam peti lelong. Tapi aunty tua ada berhampiran peti lelong tu. Taktik dia kot nak perhatikan pembida-pembida yang mai hari tu.
Mission Impossible. Dari jauh, nampak memang tak ada cara untuk gua untuk drop sampul tu tanpa mendapat perhatian dia. Hmm impossible!. Gua nampak dia tengah duk bersembang dengan budak muda berbangsa cina, anak buah dia kot. Nak tak nak, gua teruskan melangkah menuju ke peti lelong dan drop sampul gua. Sebaik saja gua drop, gua terus pusing dan nak beredar dari tempat tu. Tapi gua perasan macam ada lembaga merah yang folo gua dari belakang. hahaha. sudah. takada orang lain dah tu. Gua pikir macam mana gua nak escape. Gua nampak signboard tandas, Gua pun melencong ke kanan dan masuk ke tandas laki. Fuhh.
Jalan-jalan. Selepas 5 minit berpura-pura kencing, gua keluar dari tandas. haha. Takda kelibat aunty tu depan pintu. Gua pun keluar, jalan beberapa langkah lembaga merah tu ada kat depan gua. haha. Adoi ada saja dia ni. Nasib baik dia tengah bersembang. Gua lekas-lekas keluar dari kawasan mahkamah. Aim gua nak cari kedai minum untuk lepak. Yelah, acara lelong hanya akan bermula pada pukul 10.30 pagi, masa tu baru 9.30 pagi. Gua tak mau tunggu berhampiran dewan lelong tu. Serabut teruk. Dah lintas jalan takdak pulak kedai minum kat mahkamah ni.
Buang masa. Nak minum tak boleh. Gua pun kembali ke kawasan mahkamah. Nak buat apa la ni. Gua tak duduk berhampiran dengan dewan lelong sebaliknya gua duduk berhampiran pintu utama mahkamah. Jeng kreng, bosan betui nak menunggu. Terlintas pula difikiran gua, baik gua pi cari surau untuk solat dhuha. Waktu pun tengah terbaik ni dah dekat pukul 10 pagi. Selepas tanya direction dari staff mahkamah, gua pu menuju ke surau.
Surau pulak tutup. Waduhh. hahaha. tak dak tempat dah nak lepak, gua kembali kawasan berhampiran pintu masuk utama mahkamah. Duduk la situ nak tunggu pukul 10.30 pagi baru nak gerak ke dewan lelongan. Masa gua duk situ ada satu lori bawak banduan-banduan. Mungkin untuk perbicaraan kot. Sian gua tengok bila dorang keluar dari lori dorang macam blur je tengok keliling. Macam orang dah hilang jiwa. Teringat gua masa gua praktikal dulu ada seorang brader bagitahu dia pernah kena tahan kat wad gila di Tanj**** R******n. Dia mengalami tekanan masa kecik-kecik sebab masalah keluarga. Kata dia, masa duk kat sana dorang dipaksa untuk jadi orang gila. Kena karen la apa la. Kalau cakap waras nanti akan digilakan. Ntah la. Wallahualam. Brader tu yang cerita. Mungkin jugak banduan-banduan ni alami benda yang sama masa dorang ditahan.
Masanya sudah tiba. Jam dah 10.25 pagi. Gua pun bergerak ke dewan lelong mahkamah. Dah ramai orang depan tu. Kali ni gua nampak ramai pembida melayu. Mungkin jugak sebab pada masa tu dah nak dekat tahun baru cina. Seminggu je lagi. Geng-geng ulat pun tak ramai. Yang maintain aktif, aunty tua tu la. Gua duduk dengan kelompok melayu ada dalam 4 5 orang. Bila ditanya dorang ni suma datang untuk membida unit yang sama, sebuah rumah teres malay reserve dekat Sungai Petani. Ada yang tua-tua sikit dalam 50-an, dan sorang yang umur lebih kurang dengan gua. Gua pun jadikan dia teman gua bersembang kat situ.
Ulat tetap ulat. Yang best bila gua duk dengan dorang ni, ulat tak datang ganggu. Mungkin sebab unit ni malay resreve jadi dorang tak mahu masuk campur. Gua perati ja nampak ulat-ulat ni sibuk kesana-kesini buat ramah dengan pembida-pembida unit lain. Aunty tu dah perasan kehadiran gua, mungkin dia ingat gua sebahagian daripada geng yang membida unit malay reserve ni, dia pun tak mau ganggu gua.
Ehh, tak mula lagi lelongan nya. Memang macam ni. Lewat betul mula, Haritu pun pukul 11 lebih baru mula lelongan. Dalam kerancakan di luar dewan, Tag Team aunty tu pun dah sampai. Kalau korang masih ingat kepada Uncle Lin dalam episod 14, ha dia la tu. Dengan kekuatan yang semakin ramai, ulat-ulat semakin gigih bertindak. Gua sudah mula diserang. Akhirnya dorang dapat tahu gua nak masuk unit Permatang Pauh tu.
Tawar-Menawar bermula. Bila dah tahu, mula lah dorang buat offer. Kata dorang ada 5 orang pembida untuk unit ni. Dan dorang nak bayar RM2000 untuk dikongsi 4 orang. RM2000 bahagi empat baru RM500 der. Sebulan duit sewa pun dah lebih. Memandangkan gua dah masak dengan perangai dorang ni, tambahan pula gua masih tak puas hati dengan dorang sebab cuba game gua sebelum ni, gua pun menawar semula;
"RM2000 bahagi 4 baru RM500. Saya nak RM5000, ada tak, Kalau ada sekarang jugak saya balik"
Dengar gua cakap macam ni mood dorang pun terus off. hahaha. dorang kata apa rumah low cost mau bayar RM5000 ka. Ada gua kesah. Gua bukan nak duit tu pun tapi sengaja gua nak gertak dorang ni. Gua malas nak layan. Gua taw bila gua cakap camtu, dorang pun malas nak layan gua. haha.
Tak putus asa. Walaupun sudah direject sebegitu rupa, ternyata keinginan dorang akan easy money mendorong dorang meneruskan cobaan untuk menggoda gua. Mungkin yang lain dah setuju. Dorang up offer RM1000. Gua berterusan cakap gua datang nak amik RM5000 je. haha. Aunty tadi pun berlalu pergi sambil merungut dan mengadu kepada tag team dia. Selepas tu gua nampak dia approach seorang budak. Baya gua. Muka macam orang penang, mamu-mamu sikit. Dalam hati gua, sudah budak tu pulak jadi sasaran dia.
Ohh geng rupanya. Tak lama lepas tu budak tu datang kat gua. Pehal plak mamat ni. haha
"Bang. bang masuk rumah kat Permatang Pauh tu ha?"
"Aah, awat bro? Kenapa?"
"Kita setel luar la bang. Senang sikit. Satgi kita lawan harga jadi mahal."
Ohh geng aunty tu rupanya. Rasakan jurus buah RM5000 gua.
"Tak mau la bro. Aku datang memang nak bid. Ikut rezki sapa la kan"
"Susah nanti bang.."
"Ada RM5000 tak?"
"....................RM5000 tak boleh la bang....."
Pastu dia pun blah. Hahaha. Nampaknya jurus buah RM5000 gua berjaya menewaskan musuh secara berturut. Hang pun, mai lelong, bid aja la. Hang duk ikut cakap ulat tu buat apa. Dia cina tak kisah halal haram. Hang tu Islam. Duit macam ni gua tak tahu status macam mana. Sapa kamcing ngan ustaz-ustaz boleh la tanya. Gua tak mau ambik sebab bagi gua, kalau halal pun, budaya macam ni merosakkan game lelong ni dan seolah-olah suma benda boleh dibeli dengan duit. Termasuk lah gua. Kalau halal, korang nak amik tu, amik la.
Lelongan bermula. Unit gua tu mula-mula sekali. Dan nama gua pun mula-mula sekali dipanggil. Jadi kali ni gua dapat nombor 1. Sebelum gua masuk ke dewan, gua menerima sokongan dan kata-kata gud luck dari geng unit malay reserve tadi. Pembida memang betul ada lima orang. Satu persatu masuk. Yang buat gua terperanjat beruk, bila giliran pembida ketiga masuk, aunty tua tadi pun masuk skali. Ahh, sudah. Mana boleh nak lawan duit dengan dia, kompem la dia menang. Hahaha.
Paddle Lelong No. 1 |
Limit. Harga reserve asalnya RM65000 dinaikkan ke RM68000. Setiap satu bidaan bernilai kenaikan sebanyak RM2000. Mula dengan bidaan RM68000, gua diam je. haha Mamat tadi angkat. Gua tunggu sampai pelelong cakap "RM68000 satu, RM68000 dua,..", baru gua angkat paddle. Bidaan bernilai RM70000 pada masa ni. Sebelum lelonng gua hanya set bid limit gua pada RM70000 je. Tapi bila gua dapat info ada 5 pembida untuk unit ni, gua naikkan ket RM75000. Jadi sekarang masih dalam limit gua.
Win. Yang membida hanya kami 2 orang. Yang lain senyap je. So dari RM70000 ke RM72000, pastu RM74000. RM74000 adalah bidaan gua. Sekarang gua perhatikan, challenger gua mengambil masa yang lama untuk buat decision. Setelah mengambil masa, baru dia up ke RM76000. Tiba giliran gua pulak yang kena buat decision. bidaan sterusnya berharga RM78000. Dah lebih RM3000 dari limit gua. Tapi dalam masa yang sama gua boleh rasa yang challenger gua takleh pi dah tu. Tadi pun dia dah teragak-agak. Lagipun yang lain awal-awal dah mengaku kalah. Faktor luar pulak, gua memang nekad nak beli rumah sebelum masuk kerja tempat baru. Jadi bila gua up RM78000, kemenangan berada pihak gua. Alhamdulillah. Memang berhantu dewan lelong ni. Dari target RM70000 dah ke RM78000.
Jom balik. Selesai sesi lelong unit gua, gua nak salam dengan mamat tadi. Tapi dia belah macam tu je. Gua diminta tunggu untuk sign memorandum of sales. Amik masa jugak dalam 20 minit sebab ada 4 salinan memeorandum of sales yang perlu disediakan. Dah siap semua, gua pun turunkan tandatangan kat memorandum of sales tersebut. Secara rasmi gua pemenang lelongan unit ni. Ada rasa syok. Tapi gua sedar, rumah ni belum milik gua lagi. And the real challenge baru bermula. Sebab mula dari sini baru gua akan menanggung risiko kehilangan deposit gua.
Sampai sini dulu na, Nantikan kesimpulan dan ada perkembangan semasa yang gua akan share dalam episod 15@part3 nanti.
Link untuk episod-episod lain:
6 comments
Assalamualaikum Encik Hafiz,nama saya ammar.Saya berminat nak masuk lelong bawah CIMB bulan ini.Boleh saya tahu,kalau nak register bidding memang kena call CIMB dan register bawah ejen cimb tu ke?Saya nak masuk title auction.Saya baca2 macam boleh register pada hari lelong tu jugak.ke saya salah paham?takut lak baca kisah tuan dengan aunty tua tu.Harap Encik Hafiz boleh bantu saya.Terima Kasih
Wasalam En. Ammar.
Title Auction (lelong di mahkamah) memang register walk-in pada hari lelong tersebut. Prosedur untuk mendaftar juga pasti ada dinyatakan dalam POS/COS.
Berkenaan dengan contact dengan CIMB, perlu kita call/contact denagn CIMB/ejen CIMB. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan POS/COS direct dari mereka. Seperti yang saya selalu tekankan dalam post-post saya, POS/COS amat penting untuk urusan lelong.En. Amar juga boleh memastikan cara pendaftaran melalui maklumat dalam POS/COS, atau terus bertanya kepada pihak CIMB yang En Ammar contact nanti.
haha. berkenaan dengan ulat, aunty tua atau sebagainya, En. Ammar tak perlu risau. Mereka tak boleh memaksa kita buat keputusan dengan menggunakan kekerasan. Dorang cuma kan datang dengan offer, dan terpulanglah dengan En. Ammar untuk terima/tolak offer tu. Nasihat saya tolak je. Kita datang nak rumah, bukan nak wang saguhati.
Harap ini membantu En. Ammar. Ada apa-apa pertanyaan En. Ammar saya akan cuba bantu mengikut kemampuan saya. Saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada En. Ammar (o)
Assalamualaikum Encik Hafiz,terima kasih atas ilmu dan sharing experience encik,sangat2 membantu saya.walaupun saya dah spend beratus ringgit beli ebook lelong,macam tak2 paham proses die sehingga saya jumpa blog encik haha.setelah lebih 1 tahun masuk lelong asyik kalah dan called off,akhirnya menang reserve price almost 50% bawah market value,rumah landed.dah la 1st time beli lelong.Semoga Allah berkati dan membalas jasa baik Encik Hafiz.Terima Kasih banyak2.
Waalaikummusalam Encik Ammar
Saya tumpang gembira dengar berita ni dari Encik Ammar.
Untung banyak tu 50% below market value, diskaun banyak.
Alhamdulillah rezeki En. Ammar. Saya cuma berkongsi cara.
Usaha dari En. Ammar dengan izin dari Allah. Tahniah!
Assalamualaikum Encik Hafiz, untuk lelongan di mahkamah, adakah kita perlu bawa duit cash / cek utk top up jumlah daripada reserve value?
Waalaikumuusalam Cik Unknown
Tak perlu bawa cash utk topup jumlah daripada reserve value semasa dimahkamah pada hari bidaan.
EmoticonEmoticon