Tuesday, 22 August 2017

Celik Saham - Episod 4( Jual Beli Saham)

Tags

Jual Beli Saham

Pasaran Saham

Dalam episod sebelum ni, kita sudah menyentuh sedikit tentang IPO iaitu Initial Public Offering. Sebaik sahaja syarikat mengeluarkan IPO ini, milikan saham mereka bebas didagangkan oleh awam dan syarikat itu kini berstatus syarikat awam atau pun public listed company. Tempat saham ini didagangkan dipanggil pasaran saham ataupun stock market. Pasaran saham kalau di Malaysia ni adalah Bursa Malaysia ataupun dulunya dikenali dengan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Bursa Malaysia

Kita tidak perlu berasa janggal atau takut apabila dengar nama Bursa Malaysia ni. Tidak perlu rasa yang nama Bursa Malaysia ni terlalu gah sehingga timbul rasa takut untuk kita melabur dalam pasaran saham. Kenali Bursa Malaysia dan akan hilang lah janggal tu. Link untuk Bursa Malaysia : Bursa Malaysia

Di Bursa Malaysia terdapat tiga jenis market. Main Market, ACE Market dan LEAP Market yang terbaru dilancarkan bulan Julai 2017 yang lepas. Beza antara market ini adalah syarat-syarat kelayakan yang dikenakan kepada syarikat yang ingin disenaraikan di market-market ni. Main Market syaratnya lebih ketat dari yang lain. Sebagai pelabur runcit kita boleh berdagang atau melabur di Main Market dan ACE Market di Bursa Malaysia sementara buat masa ini LEAP market hanya dibuka untuk pelabur-pelabut tertentu sahaja. Saya tidak mahu menyentuh lebih lanjut tentang market-market ini kerana In shaAllah saya akan buat perkongsian lebih spesifik di masa akan datang.

Jual Beli Saham

Bila saham dipasarkan, penting untuk kita faham bahawa kita bukan lah membeli atau menjual saham secara terus dengan syarikat yang disenaraikan dipasaran saham. Transaksi sebegini boleh la dikatakan berlaku pada peringkat permulaan ketika penyenaraian IPO syarikat berkenaan sahaja. Selepas dari itu urusan jual beli berlaku sesama pelabur dan pedagang lain yang turut terlibat dalam pasaran saham. Cuma kadang-kadang syarikat berhak membuat keputusan membeli semula saham pada bila-bila masa atas sebab kepentingan yang tertentu ataupun membuat penambahan bilangan atau volume share saham mereka didalam pasaran saham.

Seiring dengan perkembangan dunia teknologi dan zaman elektronik, jual beli saham sekarang boleh dilakukan dengan sangat mudah, hanya dihujung jari. Ini membantu meningkatkan lagi liquidity pasaran saham. Pasaran saham juga dikawal selia dengan professional dan peraturan oleh badan yang bertanggungjawab menguruskan pasaran saham. Ini meningkatkan kepercayaan pelabur tentang ketelusan urusan jual beli saham di pasaran-pasaran saham yang ada.

Pasaran saham kebiasaannya dikawal oleh badan bukan kerajaan yang diberi mandat untuk menentukan peraturan di pasaran saham tersebut. Kalau di Malaysia, Bursa Malaysia lah badan yang berkuasa dan megawal pasaran saham kita. Kebaikkan nya adalah dapat memastikan hak pelabur dan pedagang saham yang terlibat dilindungi daripada dimanipulasikan. Contohnya sekiranya tak dikawal, mesti ada pihak yang akan membuat kegiatan scam dan memanipulasi pelabur untung mendapat keuntungan mudah.

Terma-Terma Asas

Harga dipasaran ditentukan dari proses lelongan milikan saham tersebut. Pembeli dan menjual akan meletakkan harga jualan (sell) dan harga tawaran (bid) untuk proses jual beli berlaku. Sell ialah harga yang pelabur ingin jual dan Bid ialah harga yang pelabur ingin beli. Bila Sell dan Bid ni bertemu, ataupun berada harga yang sama, maka transaksi jual beli saham akan berlaku.

Macam mana-mana pasaran pun, ada 2 bahagian penting iaitu Bid dan Sell ni. Perbezaaan harga antara Bid dan Sell ni orang panggil Spread. Semakin kecil Spread dan semakin besar jumlah Bid dan Sell semakin liquid(cair) pasaran saham tersebut. Cair ni dalam kata lain ialah aktifnya pasaran saham tersebut. Saham yang tidak aktif adalah satu yang perkara yang tidak bagus kerana menandakan kekurangan demand dan jurang yang besar antara demand dan supply untuk saham tersebut.

Depth pula mengambil kira pergerakan harga jualan dan belian saham tadi. Semakin ramai pelabur dan pedagang saham yang berurusan menjual dan membeli saham pada harga yang rendah dan tinggi secara berterusan, semakin bagus Depth pasaran saham tersebut. Pasaran saham secara umumnya, atau saham syarikat secara lebih khusus, yang mempunyai Spread yang kecil, Depth yang bagus dan Liquidity yang tinggi adalah pasaran saham dan saham individu yang berprestasi baik.

Sampai sini dulu na.

Celik Saham


EmoticonEmoticon