Wednesday, 2 August 2017

Rumah Lelong Tanpa Ejen - Episod14@Part4 ( Pengalaman Beli Rumah Lelong )

Tags

sambungan..

sambungan teruss dari episod14@part3. Ni part yang yang terakhir dalam episod14. Episod 14 ni episod paling panjang. Banyak benda yang boleh buat pengajaran dari episod ni. Pengajaran dan pengalaman yang gua dapat dari episod ni la gua jadikan foundation untuk gua teruskan minat gua dalam hartanah lelong ni. Dan part yang terakhir untuk episod 14 yang gua kan share ni penuh dengan pengajaran bagaimana keadaan semasa hari lelongan.

Cari port. Selepas sampul gua di-drop secara paksa oleh aunty tua merangkap ejen ulat, gua cari la port mana gua boleh lepak sementara nak tunggu lelongan dimulakan. Yalah, kena masukkan bank draf sebelum pukul 9.30 pagi, tapi lelongan hanya akan dimulakan pada pukul 10.30 pagi. Gua plak mai sorang-sorang, memang pishangg la sorang-sorang kat situ. Ada beberapa bangku yang diletakkan diluar dewan. Yang ada masa tu, cuma gua, aunty tua td, seorang laki 40-an dan ada 2 3 lagi orang yang kemungkinan datang sebagai pembida.

Bersama pelelong. Baru je gua letak punggung jua, tiba-tiba fon gua berbunyi. Pelelong, En. Wan Darimi tu kol gua. Sembang-sembang dalam telefon, rupa-rupanya En. Wan la laki berusia 40-an tadi. Gua pun pindah tempat duduk, duduk dekat En. Wan. Dengan En. Wan, macam-macam gua borak dengan dia. Banyak gak soalan-soalan berkenaan dengan lelongan yang gua yang tujukan kat dia. Tuju soalan takpe, satgi gua tuju lagu kang lagi buat ramai. Baru saja kami duk bersembang tu, dah ada drama yang berlaku. Ada dua tuan rumah yang mana rumah mereka dilelongkan, mai kat depan dewan lelongan tu. Mula-mula seorang laki berbangsa melayu. Yang kedua nya ialah seorang perempuan berbangsa india. Yang kedua dia ada buat kecoh sikit. Tak perlu kot gua cerita detail satgi tak habis-habis pulak episod ni. haha.

Ulat-ulat. Yang gua nak cerita lebih terperinci sikit adalah macam mana permainan ulat ni dipermain kan atas gua. Dimulakan dengan serangan dari aunty tua tadi. Untuk memudahkan cerita kita namakan dia Amber Cheah. Jadi kita panggil dia Aunty Amber. Watak kedua adalah seorang sidekick kepada Aunty Amber, seorang lelaki berbangsa Cina. Kita namakan dia Lin Dan. Jadi kita panggil dia Uncle Lin. Aunty Amber ni, dalam gua duk sembang-sembang dengan En. Wan, dia dah mai tempat gua. Tak habes-habes dia cuba untuk pujuk gua main duit undertable. Dia cakap total ada 3 orang pembida untuk unit tu. Jadi dia nasihatkan keluar duit sikit, bayar kepada 2 orang pembida lain supaya gua boleh menang pada harga reserve price.

Gua mengelak. Memandangkan gua dah kenal dia ni masa dia cuba kencing Brader Saiful pada lelongan yang pertama dulu, mentah-mentah gua reject offer dia. Dan benda ni keep berlaku berulang kali sehingga la lelongan dimulakan. Bayangkan la dalam masa sejam tu dekat enam, tujuh kali jugak dia datang dengan offer macam ni. Kadang-kadang dia mai sorang. Kadang-kadang dengan sidekick dia, Uncle Lin. Macam memaksa-maksa pulak. Seb bek gua orang baru kat situ, gua sabar je. Rasa mcam nak bagi penumbuk pun ada. haha

Datang watak-watak baru. Semakin hampir pukul 10.30 pagi semakin ramai pembida yang datang. Bukan satu unit je yang dilelongkan, ada beberapa unit lagi. Unit yang paling menarik tumpuan ialah unit aunty india tadi. Dengar cita rumah dia sebuah unit ground floor kat Bukit Mertajam. Rumah dah full renovation, dilelongkan reserve price cuma RM30000 ribu sahaja. Selain daripada terus melakukan serangan kepada gua, tag-team ulat Aunty Amber dan Uncle Lin turut menyerang pembida-pembida lain. ahaha. tak apala, ramai sikit mangsa dia, takla serangan tertumpu kat gua je.

Pengalaman Semasa Lelongan
Taktik ulat. Selain dari  meminta gua buat offer undertable money untuk menang unit lelong tu dengan harga reserve price, dorang ni turut buat counter-offer dimana gua akan diberikan wang saguhati kalau gua tidak membida dan biarkan pembida lain menang unit tu. Bila korang folo episod ni sampai habis korang akan faham sebab apa dorang buat kerja ni. Sekarang korang tak nampak kan, sebab kalau ulat-ulat ni yang buat offer, dorang dapat apa? sebab duit-duit tadi cuma di-offer kepada pembida-pembida je. Habis tu kenapa gigih dorang ni buat keje ni? semua ni akan terjawab nanti. Macam gua cakap tadi, selain gua, pembida lain pun kena attack. Modus operandi dorang, dorang akan mai kepada setiap pembida dan tanya unit apa pembida ni masuk. Dari situ dorang akan dapat maklumat berapa pembida untuk setiap unit yang dilelongkan dan siapakah pembida-pembida untuk unit-unit tersebut.

Haa.. Pening tak? haha memang pening sikit. Tapi ini antara realiti yang berlaku di hari lelongan. Kat mana pun sama. Watak-watak ni ada dimana-mana tempat lelongan cuma dimainkan oleh orang yang berbeza. Kat Penang mungkin ada Aunty Amber dan Uncle Lin, tempat lain mungkin ada Soo Winci, Alex Yoong, Rosnah Mat Aris, Sathiya dan lain-lain. Ingat, watak nya sama orang je lain-lain. Gua cerita bukan niat nak takutkan korang, cuma bagi korang bersedia. Nak main game ni lelong jiwa kena kental beb.

Drama lagi best bakal berlaku. Dalam riuh-rendah depan dewan lelong tu, pembida ketiga untuk unit gua akhirnya sampai. Dorang bersama seorang ejen berbangsa melayu. Dorang pun melayu, satu pasangan bawak seorang baby yang gua rasa tak sampai setahun lagi umurnya. Semakin dekat nak lelong nak bermula, gua tengok makin nervous plak En. Wan ni. haha lagi nervous dari gua. Dalam duk nervous tu, dia hilang pi mana ntah. Gua bosan tak ada orang nak sembang. Gua pun bersembang dengan ejen melayu tadi. Kita namakan dia Ejen AC Rizal.

Drama semakin klimaks. Hasil persembangan gua dengan Ejen AC, info yang gua dapat tentang pasangan tu, meraka baru dapat anak, dan mereka tinggal ditempat yang sama dengan unit yang kami nak bid tu. Katanya, mereka duduk menyewa, bila dah dapat anak, nak duduk rumah sendiri. Masa ni gua belum ada keraguan, cuma gua perasan yang laki tersebut agak tua dari yang si perempuan. Kita namakan pasangan ni Brader Salleh Yakult dan Pn Tipah. Dari site visit gua sebelum ni, gua boleh kata keadaan ekonomi orang kat situ sedikit susah. Kebanyakkan nya orang sederhana dan orang yang agak susah. Jadi simpati dah mula masuk dalam jiwa gua terhadap pasangan ni.

RM1300. Dalam masa duk sembang pun, tag team ulat tadi duk mai serang kami. Duk tanya tengah deal ke apa. Menyibuk betui. haha. Lepas sembang dengan gua, ejen AC pergi ke pasangan tadi. Dorang macam ada perbincangan yang memusykilkan gua. Jangkaan gua tepat, tak lama dorang bersembang, gua dipanggil untuk join skali. Yang tag team ulat tu pun datang skali. Jadi ejen AC buat offer nak bayar kat gua dan sorang lagi pembida sebanyak RM1000 untuk tarik diri. hmm easy money. Gua reject sebab gua datang memang nak membida. Lagipun gua  tak sedap hati nak amik duit tu. Tag team ulat pun duk push gua untuk accept offer. Dan dorang naikkan offer sampai RM1300. Gua jadi tak tentu arah. Gua tak mau amik duit tu. Tapi dalam masa yang sama gua kesian kat budak kecik tu.

Terima. Akhirnya bila gua pandang budak kecik tu, rasa xsampai hati pulak. Gua mengalah dan setuju utuk terima. Cuma gua buat syarat yang gua nak tengok duit tu depan mata gua sebelum lelongan dijalankan. Ejen AC dan Brader Salleh takda duit dalam tangan katanya. Jadi dorang ni nak keluar pergi bank cucuk duit. Dalam masa perjalanan dorang ke bank tu, gua jadi semakin kusut. Pikir-pikir balik gua xtahu duit tu halal ke tak. Jadi gua ubah fikiran. Gua reject offer dorang. Gua bagitahu Puan Tipah untuk call dorang bagitahu yang gua xmau terima offer dorang.

Lelongan bermula. Sebelum Ejen AC dan Brader Salleh sempat pulang semula ke mahkamah, lelongan dah bermula. Jadi gua, Puan Tipah dan seorang lagi pembida berbangsa Cina masuk kedalam dewan lelongan. Sebelum masuk nama-nama pembida akan dpanggil, dan setiap pembida akan diberikan sebuah paddle yang tertera nombor kita masing-masing yang bakal digunakan semasa lelongan nanti. Nombor random mengikut urutan pendaftaran. Gua dapat no 3 kalau gua kalau xsilap. Lelongan di mahkamah macam ni la, hanya pembida yang dibenarkan masuk ke dalam dewan lelongan. Yang lain perlu tunggu diluar. Selain kami, tiga orang pembida, ada En.Wan, iaitu pelelong dan bebarapa orang staff yang menguruskan lelongan tersebut ada didalam dewan.

Lawan Bidaan. Selepas menerima taklimat ringkas dari En. Wan, pembidaan dimulakan. Antara main point dari taklimat En. Wan, adalah harga reserve akan dimulakan pada harga RM50000. Kedua ialah setiap satu bidaan akan dikira kenaikan sebanyak RM2000. Sekali angkat paddle RM2000. Ini dilakukan bagi mempercepatkan proses lelongan. Masa taklimat ni korang kena bagi perhatian untuk detail-detail ni. Pembidaan pun berlangsung dan yang lawan bidaan cuma gua dan Pn Tipah ja. Sebelum bidaan gua dah set bajet RM60000. Tapi last gua bid RM64000. Pn. Tipah berjaya memenangi lelongan dengan harga RM66000. Seorang lagi pembida tu tak bid langsung. Gua pelik dah dengan dia ni.

Selepas kalah. Dah kalah gua pun segera keluar dari dewan. Keluar je dari dewan, tag team ulat dah bahan gua sebab kalah dan tak terima offer yang dah set. Dorang bengang sebab offer tu xjadi. Kalau korang nak tahu, pembida ketiga berbangsa cina yang tak bid langsung tu adalah geng dorang. Sebab tu dia tak bid langsung. Kalau gua accept offer tadi, dia jugak akan dapat habuan RM1000 tu. Dan dia akan share la dengan tag team ulat ni, hasil kerjasama dorang kan. Sebab tu la tag team ulat ni gigih betul buat kerja. ahaha. Dan ni salah satu cara dorang dapat duit. Gua pun macam pernah tengok muka dia ni dulu masa lelongan pertama.

Kena lagi. Gua pun beredar. Dalam perjalanan gua nak keluar dari mahkamah, gua terserempak dengan Ejen AC dan Brader Salleh yang baru pulang dari bank. Berlaku la dialog.

Brader Salleh, "Haa macam mana, dah habis dah ke?"
Gua reply, "Dah habes dah bang, bini abang menang tadi"
Brader Salleh, "Habes tu nak kena bayar tak ni?"
Gua reply lagi "Tak payah la bang, tadi kan kita lawan"
Brader Salleh" HAHAHA (Gelak macam haram). Terima kasih la. Kami pun bukan taw sangat tempat ni. Kami orang Kedah. Terima kasih banyak-banyak la. HAHAHA"
Gua balas, "haha(gelak tak ikhlas). ok bang saya beransur dulu."

Gua salam dengan dorang dan gua pun chow. Korang pikir la sendiri. Tadi kata duk kat area rumah lelong tu di sungai batu. Haha pastu kata mai dari Kedah plak. Jilopa betul . Bila gua ingat-ingat balik,  Brader saiful ni tak pernah pegang pun anak dia masa lelongan tu. Dan dia macam tak mesra pun dengan bini dia. Nampak pun dia jauh berusia dari Pn Tipah. Ada kemungkinan dorang just menyamar jadi orang susah, jadisatu pasangan dan bawak anak kecik untuk dapat simpati orang kat tempat lelong. Hmm entah la. Gua terus bwak kuda gua pi CIMB dan batalkan bank draf gua.

Tamat episod 14. Panjang gua menaip, nak tulis tips pun dah xlarat dah. ahaha. nanti tips gua include sekali dalam episod 15 la na. Orait, sampai sini dulu na.

Link untuk episod-episod lain:


EmoticonEmoticon