Bersambung..
Bersambung dari Episod 15@Part2. Sebenarnya dah habes dah gua kongsi tentang cerita-cerita sebelum dan semasa lelong yang boleh kita jadikan sebagai real-case studies. Suma dari episod 13 sampai la episod 15. Jadi intention gua untuk Episod 15@Part3 ni adalah untuk buat wrap-up, atau concludekan pengajaran-pengajaran dan tips yang kita boleh guna pakai untuk menghadiri sesi lelongan. Disamping itu, terdapat perkembangan baru dalam dunia lelong kat Malaysia ni, yang bakal mengubah landskap game lelong ni secara total, jika ia benar-benar dapat direalisasikan. Menarik? Jom kita kupas bersama.
Tips Rumah Lelong
1. Urus kewangan sebelum melabur ataupun nak beli aset.
Gua ada kongsikan dalam Episod 2 contoh pengurusan kewangan. Penting. Even kalau tak nak melabur pun penting mengurus kewangan ni.
Gua bagi satu contoh. Ini Mamat. Katakan DSR maximum yang bank boleh offer kepada mamat adalah 60%. Gaji mamat RM3000. 60% daripada RM3000 ialah RM1800. Jadi sekiranya mamat beli sebuah rumah yang berharga RM400,000 lebih kurang, dan monthly instalment mamat dapat adalah RM1800, mengikut kelayakan bank mamat lulus. Mamat hepi. Tapi sebenarnya tanpa mamat sedar kerana tiadanya pengurusan wang keluar masuk, duit lebihan gaji mamat selepas potong perbelanjaan dan lain-lain komitmen seperti loan kereta, tak sampai pun 60% ataupun jumlah RM1800. Tiap-tiap bulan mamat akan struggle untuk buat payment ruah. Lama-lama dah tak tahan bayar, rumah mamat pula yang dilelong. Dari mata bank mamat mungkin layak, tapi mamat sendiri pun xsedar diri dia tak layak sebenarnya.
Satu lagi contoh. Sebab gua murah hati gua bagi extra satu contoh. Mamat umur dia 26 tahun. Masa ni mamat masih solo dan belum berumah tangga. Dan lepas tolak komitmen suma, memang mamat mampu bayar instalmen RM1800 tu. Mamat masih mamat, tidak ambil kisah pasal pengurusan wang. Yelah, selama ni hidup dia cukup ja wang, tak ada masalah. Jodoh mamat sampai. Bila dah berkahwin, perbelanjaan meningkat. Tambahan lagi dengan kedatangan cahaya mata. Sekarang duit yang rasa banyak tadi sudah mula rasa kecik. Tambahan pula peningkatan kadar gaji tak seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Sekarang mamat mula semput nak bayar instalment. Sampai xtahan dan rumah mamat dilelong.
Ni Bukan Mamat. Ni lalat dan Nami. Good men. Lucky Girl. Hihihi |
Tapi kalau kita tak plan, kita sekadar meneruskan kelansungan hidup dengan gaji kita. Dari satu bulan, ke satu bulan yang lain. Ya, dan tentunya suma perancangan kita tertakluk dengan izin Allah jua.
2. Rumah Lelong is a Calculated Risk.
Risiko memang risiko. Tapi risiko bukan untuk ditakuti, risiko boleh diurus. Dont expect to do something easy and to get rewarded like hell. haha. If it is that easy, everyone will be successful. Ahh jauh dah gua merapu. haha. In term of rumah lelong, there are risk. Beli rumah semua cara ada risk. Subsale boleh kena tipu deposit. Undercon pulak projek boleh terbengkalai.
Untuk rumah lelong cara nak uruskan risk adalah lakukan steps-steps sebelum lelong yang gua dah share secara detail dengan korang dalam episod-espisod sebelum ni. Ringkasan dia:
1. Check kelayakan pinjaman rumah dengan bank
2. Dapatkan POS & COS
3. Buat Site Visit
4. Check Tunggakan
5. Buat Land Search.
6. Buat Pengiraan ROI.
7. Berilmu
Make sure buat suma ni. Then based on ur findings and estimation. decide whether is it worth it to proceed with the project. Gua suka bagi nama project yang cool-cool untuk motivasi kan diri gua. Contoh untuk project pengurusan dan restructure kewangan gua, gua bagi nama Eagle 2017. Biorla nampak noob pun. haha. Ada aku kesah.
3. Hati Mau Kental.
Bila dah siap semua persediaan tadi, boleh la pergi ke dewan lelong. Gua dah exposed kan macam mana drama-drama kat dewan lelong tu. Jadi boleh bersedia la. Lagipun tak ada yang nak ditakutkan, as long as kita manage to control ourselves.
Dan hati juga perlu kental, bila korang dan ada modal dan ilmu yang cukup. Pergi la test ilmu korang tu. Kalau zaman blaja dulu boleh tunggu exam, tapi bila kita dah kat luar ni kita keluar cari exam. Exam tujuan dia untuk determine samada betul tak pemahaman kita selama ni. Dah kalau peram je ilmu tu, tak praktik macam mana nak tahu betul ke tak apa yang kta faham. Dan kalau kita dah lulus exam, kita dah naik satu level. Dan lagi banyak pintu pintu peluang baru yang akan terbuka. Seronok wei. Even if u fail, u gain experience and u make something out of your most precious commodity, which is time. Ayuh!
Perkembangan Semasa
Seiring dengan perkembangan era IT, nampaknya acara lelong ni pun akan turut mendapat kesan. Kalau korang nak tahu Sistem E-Bidding telah dilancarkan baru-baru ni. Dalam bulan lepas kalau gua tak silap. Melalui sistem E-Bidding Lelong ni, tak perlu lagi ke mahkamah untuk buat bidaan, Bidaan akan dilakukan secara online. Sistem ni sekarang tengah dalam trial mode, dan tengah di test-run kat Mahkamah Tinggi Kuantan.
Dari segi asas, step-step sebelum lelongan tak banyak yang berubah. Yang bagus, POS dan COS akan available di website mahkamah, cuma perlu download sahaja. Yang leceh, bank draf perlu dipos dan kena sampai ke mahkamah 3 hari sebelum lelongan bermula. Banyak perubahan akan berlaku dari segi semasa lelongan la. Tiada lagi suasana dalam dewan lelong dan drama-drama ulat lelong. Tiada lagi intervention dari ulat-ulat. Tinggai kenangan je la. Kalau berjaya sistem ini diimplementasikan dalam masa terdekat, tak dapat dah merasa suasana macam dulu. Gua sempat la merasa sebelum sistem lama ni akan obsolete. Takpa, sama-sama kita tunggu. Gua akan update dari masa ke semasa dan gua kan cuba create satu artikel untuk sharing tentang E-Bidding ni sahaja nanti. In sha Allah.
Sampai sini dulu na.
4 comments
terbaik la karangan bro...
biasa ja bro..yang penting gua harap mesej nya sampai haha
Mmg lengkap la pengalaman mu.... Bagus2....
Berkongsi setakat yang mampu sahaja. hopefully sharing2 ni membantu
EmoticonEmoticon